Sarasehan 3 : Goal Setting Using Neuro-linguistic Programming (NLP)

| Wednesday, June 23, 2010 | |


Salam kepada semua aktivis KAMY,

Selepas merancang hala tuju KAMY di Kedah, KAMY sepakat untuk meneruskan sarasehan-sarasehan dan program KAMY secara bulanan. Selain itu, projek Reader KAMY juga akan diteruskan sehingga waktu yang ditetapkan. Untuk jangka masa pendek, KAMY hanya akan membantu aktivis KAMY dalam memantapkan ilmu sebelum KAMY membantu dalam kapasiti yang lebih besar. Tetapi, semua perancangan telah dibuat. KAMY sedang dalam usahasama menjalinkan hubungan dengan MRA (Malaysian Relief Agency). Salah satu pertubuhan NGO yang dianggotai sendiri oleh aktivis YPU antaranya En. Khairil Annuar Khalid dan Cik Fauziah Tahar. Semua perkembangan akan diberitahu kelak.

Buat masa ini, kita menyambung sarasehan kita pada bulan Julai dengan satu sarasehan yang menarik dari ahli baru KAMY. Isteri beliau pernah memberi sarasehan pada aktivis KAMY pada tahun 2008 bertajuk 'Menggali dan Mengenali Potensi Diri' iaitu Dr. Azizah Othman. Kali ini, suaminya pula akan memberikan sarasehan. Pasti menarik semenarik sarasehan-sarasehan yang lepas. Butir-butir sarasehan adalah seperti di bawah :-


Tajuk : Goal Setting Using Neouro-linguistic Programming (NLP)


Tarikh : 17 Julai 2010 (Sabtu)

Masa : 10 pagi - 12 tengahari

Tempat : Yayasan Pembangunan Ummah (YPU)

Moderator : En.Muhammad Junaidi bin Buang
( Pengamal NLP, Jurulatih NLP, Hipnoterapi dan Terapi Timeline bertauliah)



Capai cita-cita anda semudah memetik suis!



Kepada semua aktivis KAMY/YPU, teruja untuk mengetahui apa yang boleh dicapai dengan menggunakan Neuro-linguistic Programming (NLP) ini? Apakah pula NLP dan bagaimana kita boleh menggunakannya untuk berjaya dalam kehidupan. Jadi, untuk mendapatkan jawapannya anda semua diajak ke sarasehan KAMY kali ini.

Dengan tajuk, Goal Setting Using Neouro-linguistic Programming (NLP), kita pelajari ilmu baru pada 17 Julai ini bersamaan sabtu kedua bulan Julai. Kosongkan masa anda pada jam 10 pagi sehingga 12 tengahari, dan hadirkan diri ke Yayasan Pembangunan Ummah (YPU), Petaling Jaya. Kali ini, kita memperkenalkan ahli KAMY En. Muhammad Junaidi bin Buang yang juga merupakan pengamal NLP, jurulatih NLP, hipnoterapi dan terapi timeline bertauliah untuk berkongsi ilmu dengan aktivis KAMY yang lain.

Jangan lepaskan peluang yang terbuka di depan mata. Hanya RM5 sebagai yuran pendaftaran. Ajak kawan-kawan dan saudara untuk sama-sama berjaya dalam kehidupan ini. Pot-luck amat digalakkan. Sila sahkan kehadiran kepada setiausaha KAMY.


Ketahui suis kejayaan anda dan aktifkan!


3 comments:

azizah Says:
June 27, 2010 at 5:54 AM

Ada 10 perkataan sarasehan semuanya...heheheheh...
Saya mengesahkan kehadiran.

Haslina Othman Says:
June 27, 2010 at 7:49 PM

10 patah perkataan saresehan.
Luarbiasa menarik ;)
saya juga mengesahkan kehadiran, jika tiada rintangan menghalang.

nadiah Says:
June 28, 2010 at 11:33 PM

Achik : 6 dari 10 perkataan itu sahaja berada pada perenggan kedua. Hehe. Luarbiasa. :)

Mekna : Saya terima pengesahan. Kak Long Nazifah pun dah sahkan kehadiran bersama kek batik. Menarik. :)