| Monday, December 17, 2007 | 1 comments |
KUMPULAN AKTIVIS MUDA YPU (K.A.M.Y)
AKTIVITI 2008

Januari
26 Jan 2008 (Sabtu)

09:00 – 11:00 pg : Mesyuarat
11:00 – 12:00 tgh : Sarasehan 1 Dr. Mohd. Nor Nawawi, (CESMACS) “Generasi Muda & Makna
Kehidupan”
02:00 – 04:00 ptg : Futsal

Mac
1 Mac 2008 (Sabtu)

09:00 – 11:00 pg : Mesyuarat
11:00 – 12:00 tgh : Sarasehan 2 Sdr. Alias Md. Nadzri, PMKLNS

02:00 – 04:00 ptg : Aktiviti Kesukarelaan Sek. Pendidikan Khas, Kuala Lumpur

Mei
31 Mei 2008 (Sabtu)

10:00 – 12:00 tgh : Forum
02:00 – 04:00 ptg : Mesyuarat Agung Tahunan KAMY


Jun
14 Jun 2008 (Sabtu)
09:00 – 11:00 pg : Mesyuarat
08:30 – 10:30 mlm :Malam KAMY - Dewan Simfoni, KL Sentral

Julai
26 Julai 2008 (Sabtu)

09:00 – 11:00 pg: Mesyuarat 11:00 – 12:00 tgh: Sarasahen 3 Dr. Noriah Mohamed

02:00 – 04:00 ptg: Futsal

Oktober
25 Okt 2008 (Sabtu)

11:00 – 12:00 tgh: Mesyuarat
03:00 – 05:00 ptg: Majlis Eid `ul Fitri KAMY & YPU

November
28 – 30 Nov 2008

(Jumaat – Ahad) : XPDC Taman Negara

XPDC GUNUNG IRAU KAMY (30/11-02/12/07)

| Tuesday, December 4, 2007 | 1 comments |






















  • Soalan:
    1) Berapa lama kita boleh bertahan dengan kekuatan fizikal?
    2) Berapa lama pula kita boleh bertahan dengan kekuatan mental?
    3) Bolehkah kita bertahan dengan air yang tidak mencukupi?
    4) Bolehkah kita tidur dalam cuaca yang dingin terbuka?

    = XPDC Gunung Irau yang lepas ada jawapannya...

    (Suatu ekspedisi yang mengajar kita mengenali kekuatan & kelemahan diri, suatu ekspedisi yang mengajar kita tentang menghargai, kerjasama & pengorbanan)
  • "orang yang paling kuat ialah orang yang mentertawakan masalahnya"

    *Yang penting bukan berjaya di puncak, tetapi berjaya turun menghabiskan.
    *Yang penting bukan berjaya di depan, tetapi yang lebih mahu berkorban.
    *Yang penting bukan siapa paling gagah&kuat, tetapi siapa yang menghulurkan tangan ke belakang.
    *Yang penting bukan kasut paling sesuai, tetapi semangat yang kental.


  • Kesimpulannya, ekspedisi sebegini sangat mengesankan untuk kita yang kadang terleka dalam hidupan konkrit,dunia elektronik bagi mengingatkan kita semula pada alam yang sebenar.alam yang direct dicipta ALLAH swt.

Dewan Simfoni, KL Sentral: Sarasehan & Iftar YPU

| Thursday, September 27, 2007 | 0 comments |











Bertempat di Dewan Simfoni, KL Sentral pada 10 Ramadhan yang lalu, YPU telah mengadakan sebuah Sarasehan bagi memperingati pemergian tokoh Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia (DDII), Allahyarham Hussein Umar dan juga majlis iftar. Ramai yang dapat hadir dari kalangan keluarga YPU serta ahli-ahli KAMY telah memenuhi dewan tersebut termasuklah adik kepada allahyarham Hussein Umar sendiri, Aziz Umar dan juga anak allahyarham, Emil Hussein yang turut berucap pendek.

Pada hari tersebut, KAMY membuka sebuah kaunter dan berjaya mengutip sejumlah wang sumbangan serta menambah ahlinya. Terima kasih kepada semua ahli-ahli KAMY yang turut membantu perjalanan program pada hari tersebut!!

Wakil Pemerhati KAMY ke Muktamar PKPIM

| Wednesday, September 19, 2007 | 0 comments |

Seramai lima orang ahli KAMY telah hadir ke Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Kali Ke-46 sebagai pemerhati khas. MPAT tersebut telah dijalankan:


  • Tarikh : 7-9 September 2007/24-26 Sya’ban 1428
    Tempat : Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute(UNIKL MFI)

Santai Bowling di Cosmic Bowl

| | 2 comments |






Reunion TPS & Pelancaran KAMY

| Wednesday, September 12, 2007 | 2 comments |


Pulangnya kami dari Indonesia, kami telah menetapkan satu tarikh untuk bertemu semula bagi menilai hasil dari program Temu Pemuda Serantau II iaitu pada hari Ahad, 01hb Julai 2007. Kami telah bertukar-tukar album, menyanyikan lagu rasmi program Temu Pemuda Serantau 'lir-ilir' dan menyaksikan video rakaman tvri sewaktu di sana sambil santai minum petang di Pejabat YPU, di Petaling Jaya. Pada tarikh inilah sebuah kumpulan baru telah dilancarakan atas nama 'Kumpulan Aktivis Muda YPU (KAMY)'. Ahli-ahli KAMY telah mengundi bagi pemilihan nama rasmi kumpulan juga untuk pemilihan ahli Jawatankuasanya. Senarai nama ahli jawatankuasa tahunannya adalah:

Ketua : Iezzat Khalis Mohd Nor
Timbalan Ketua : Mohd Mujahedd Mohd Nasir
Setiausaha : Nazifah Mohd Anuar
Bendahari : Nurliyana Alias
AJK : ‘Adibah Nor Azlin
Muhammad Asyraf Mohd Hatta
Muhammad Luqmanulhakim Onn
AJK Lantikan : Akmal Hisham Abdul Rahim
Nurul Izzah Fadhilah Haron

Bermulanya Di Sini (Temu Pemuda Serantau 1-Jogjakarta)

| Tuesday, September 11, 2007 | 3 comments |






Kami berlepas dari Lapangan Terbang LCCT Air Asia pada pukul 6.55 pagi, Sabtu 2hb Jun 2007. Ramai yang telah tiba sebelum jam 6 pagi lagi. Mendarat di Bandara Solo pula dalam pukul 9.20 pagi Malaysia. Setibanya kami di Bandara Solo, kami disambut dengan iringan lagu rasmi program ini..

Lir Ilir (2x)
Tandure who sumilir
Tak ijo royo-royo
Tak sembuh kemanten anyar (2x)
Bocah angon (2x)
Penekno blimbing kuwi
Lunyu-lunyu penekno
Kango mbasuh dodotiro (2x)
Dodotiro dodotiro
Gumitir bedhah ing pinggir
Dondomono jlumatono
Kango sebo mengko sore (2x)
Mumpung padhang rembulane
Mumpung jembar kalangane
Yo surako, surak hiyoo..

Setelah dari itu kami bergerak dengan menaiki bas 'Raharja' ke Masjid at-Ta'aawun untuk sarapan, tiba di Wisma Puas, Kaliurang untuk bersiap seterusnya ke acara penyambutan oleh Bupati Sleman. Pada sebelah malamnya, acara pembukaan & perasmian program diadakan di benteng putih bersejarah~Benteng Vredeburg.

Pada keesokan harinya (Ahad-03/06/07), acara bertumpu kepada ice-breaking, 'why we are here', pembahagian kelompok2 (kelompok Sya'aban, Muharram, Augustus, Desag dan Janawal) , pegisian serta 'management game'. Tim Sang Surya mengambil alih acara pada hari Isnin (04/06/07). Kami melakukan aktiviti2 outdoor & outbound seperti acara jalan atas kaca, acara tutup mata, menguji minda serta acara jalan atas bara api yang mengujakan .

Peserta-peserta program telah dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk membuat kerja-kerja bakti di 2 masjid yang dibangunkan YPU pada hari Selasa-05/06/07. Petang hingga malamnya peserta-peserta menghabiskan masa berjalan-jalan, membeli-belah di Malioboro malah makan-makan di gerai jalanan yang harganya agak lumayan.

Selalunya pagi-pagi setelah solat subuh & kultum (kuliah tujuh menit) di Wisma Puas, kami akan berjalan atau berjoging ke arah gunung Merapi. Kami akan mulakan riadah dengan nyanyian lagu Pemuda Serantau..
  • Sayup terdengar azan di Subuh hari
  • Memanggil umat tegakberdiri
  • Siswa-siswi pemuda putra-putri
    Ayuh langkahkan kaki (2x)
    Kami pemuda berani
    Dengan semangat Merapi
    Siap sedia berbakti
    Pemuda berjati diri... (lagu&lirik :M. Anuar Tahir)

Pengisian oleh Wali Amanah pada Rabu, (06/06/07) kemudian diikuti persiapan untuk persembahan oleh kelompok2. Malam harinya, kumpulan Campur Sari membuat persembahan diselangi persembahan kelompok2 peserta temu pemuda serantau.Kami melawat candi borobudur kemudiannya bergerak ke kaki gunung Merapi untuk bertemu Presiden Merapi, Mbah Marijan pada hari khamis (07/06/07). Pada malamnya kami peserta-peserta mengangkat sumpah:

  • "Kami pemuda-pemudi dunia Melayu berjanji untuk memperjuangkan cita & citra Islam di rantau Melayu. kami berjanji untuk:
    1) Memperkuat jatidiri
    2) membina ukhuwah & solidariti
    3) Memantap & mengembangkan ilmu serta ketrampilan diri
    4) Memajukan peradaban islam & budaya Melayu yang Islami
    5) Mempersiapkan diri enjadi pemimpian sejati masa depan"
Akhirnya pada hari Jumaat (08/06//07) kami dengan berat&sarat hati meninggalkan Wisma Puas, Kaliurang dan berlepas pulang ke Malaysia dari bandara Solo pada 08.55 pagi waktu Malaysia.