Lawatan Anak-anak Muda Thailand ke YPU

| Saturday, April 12, 2008 | 3 comments |













Pada suatu Sabtu, 12 April 2008 lalu,dijadikan cerita, saudara Mansour Salleh, mantan presiden Young Muslim Association of Thailand (YMAT), telah membawa sekumpulan anak-anak muda Thailand dari Pattani, Yala dan Songkhla berusia lingkungan 11-15 tahun bagi melawat Yayasan Pembangunan Ummah dan bertemu secara santai dengan ahli-ahli KAMY. Oleh kerana jadual ahli-ahli KAMY yang hampir 98% nye pelajar yang ketat dengan peperiksaan, hanya ahli-ahli terdekat sahaja dipanggil hadir program tidak rasmi kali ini.
Anak-anak muda melayu yang datang melawat ini, majoritinya bersekolah di sekolah agama di Thailand namun mereka telah diterapkan dengan penulisan dan pertuturan seharian dalam bahasa Thailand. Rata-rata mereka memahami dan boleh bertutur bahasa melayu asas. Yang paling unik, penulisan bahasa melayu di sana masih menggunakan dan mengekalkan tulisan jawi yang sudah berapa peratus pupus di negara kita ini. Oleh itu lawatan selama dua minggu mereka di sini bertujuan membuka minda dan mata anak-anak ini bahawa bahasa dan dunia melayu itu boleh maju, ianya bukan suatu kaum dan bahasa yang mundur lagi.

Sewaktu pagi di YPU, kami ahli-ahli KAMY dan adik-adik muda ini saling berkenal-kenalan, berkomunikasi dalam bahasa melayu dan bertukar mengajar bahasa rasmi negara masing-masing. Mereka yang kecil cili padi ni sungguh-sungguh mengajar bahasa asas siam walaupun sebutan kami tentunya bercelaru dan jauh tak merdu. paling seronok, peluang bertukar-tukar pantun melayu dan pantun siam dengan mereka. Kebanyakan kami yang KAMY ini mengajar pantun wajib iaitu:
  • buah cempedak di luar pagar,
  • ambil galah tolong jolokkan,
  • saya budak baru belajar,
  • kalau salah tolong tunjukkan.
  • kalau ada jarum yang patah,
  • jangan disimpan di dalam hati,
  • kalau ada silap dan salah,
  • jangan di simpan di dalam hati.
  • kalau ada sumur di ladang,
  • boleh saya menumpang mandi,
  • kalau ada umur yang panjang,
  • bolehlah kita berjumpa lagi
Adik-adik yang cilik itu juga tidak kalah dengan pepatah dan pantun siam mereka yang berbunyi:
  • Tham di dai di,
  • Tham shuah dai shuah (buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat)
  • Pu yan kin ha ngai,
  • Pu yan thai ha yak. (kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah sekali)
  • Khan Ti Jag tham hai shi wit mi kuam suk.
  • Ngai nit diao
  • Man yu nai thua than
  • Lek wit thi
  • Kheng khuam khit khong tan ing.
  • (jikalau kita berusaha, hidup akan bahagia, hati akan senang, dan senantiasa mendapat ilham kehidupan)
Selepas program memanaskan badan pagi hingga tengahari itu, kami-kami ini pula singgah melawat ke Pesta Buku di PWTC di sebelah petangnya.
Semoga program hari Sabtu ini dapat manfaatnya kepada kedua belah pihak dan moga-moga adik-adik ini akan terus mencuba, selesa dan yakin dengan bahasa melayu, bahasa tokneknyang kita dari dulu-dulu.amin!!