Wacana bersama Cik Anuar

| Monday, March 29, 2010 | 3 comments |
Salam Aktivis KAMY

Yayasan Pembangunan Ummah (YPU) dengan berbesar hati mengundang saudara / saudari ke Wacana YPU pada tarikh dan masa berikut:

Tarikh / Hari:
10 April 2010 / Sabtu

Masa:
10:00 pagi - 12:00 tengahari

Tempat:
Pejabat Yayasan Pembangunan Ummah
Petaling Jaya

Tajuk:
"Ada Apa Dengan keADILan?"

Penceramah:
Tuan Hj. Mohd. Anuar Tahir
Pengerusi Yayasan Pembangunan Ummah

Mohon kerjasama saudara / saudari mengesahkan kehadiran dengan menghantar mesej ke Haslina - 0192287410 atau respons melalui emel ke khasly@yahoo.com.



Atau, sahkan kehadiran anda dengan menghubungi saya - Nadiah Zainal, Setiausaha KAMY di 012 241 1085.


Jemputan khas untuk aktivis YPU & KAMY sahaja. Kehadiran saudara / saudari amat dialu-alukan.

Terima kasih. Wassalam.


WACANA 02/2010 : Puisi : " EKSPRESI & APRESIASI "

| Monday, March 22, 2010 | 0 comments |
Salam semua aktivis KAMY,

Mari memeriahkan siri wacana KAMY 2010 yang ke-2. Selepas mempelajari seni fotografi, kini KAMY akan menggali lagi satu cabang seni iaitu PUISI. Bersama tokoh sastera muda, saudara Muhammad Lutfi Ishak, kita akan berwacana bersama pada :

WACANA :
" PUISI : EKSPRESI , APRESIASI "

TARIKH :
27hb Mac 2010 ( Sabtu )

MASA :
10.00 pagi

LOKASI :
YPU, Petaling Jaya

YURAN PENYERTAAN :
RM 5.00 sahaja

Penuhi hujung minggu anda kali ini dengan aktiviti KAMY sekali lagi. Mari berpuisi di YPU. Kita akan belajar aplikasi puisi dalam kehidupan kita. Dalam kehangatan melawan PPSMI, mari kita sendiri mempelajari satu cabang pengajian Bahasa Melayu iaitu puisi. Dengan topik ' Puisi : Ekspresi & Apresiasi" yang akan disampaikan oleh saudara Muhammad Lutfi bin Ishak. Seorang anak muda dan peminat sastera yang akan berkongsi ilmu dengan semua KAMYans.

Mari kita berpuisi bersama orang seni pada sabtu pagi ini. Isikan sabtu kali ini bersamaan 27hb Mac 2010 , jam 10 pagi dengan pengisian ilmu. Tempatnya seperti selalu-selalu. Yayasan Pembangunan Ummah (YPU) Petaling Jaya.

Potluck amat-amat digalakkan. Bak kata omputih, sharing is caring. Terima kasih daun keladi. :)

Jumpa KAMYans semua di sana. Boleh juga ajak kawan-kawan atau saudara mara sekampung untuk turut serta. Lebih ramai, lebih meriah.


Jadual Reader KAMY Jan - Mei 2010

| Thursday, March 18, 2010 | 0 comments |
Sehari selepas perjumpaan bersama Cikgu Iranshah, AJK tertinggi KAMY telah bermesyuarat bagi membincangkan jadual dan khidmat yang dapat diberi kepada Cikgu Iran dah sahabat-sahabatnya yang lain. Setelah mengambil kira tenaga kerja dan kekerapan untuk membantu, AJK KAMY hanya berjaya merancang membantu Cikgu Iranshah sahaja untuk waktu ini. Jika ada kelapangan dan tenaga kerja yang ramai, KAMY akan membantu lebih ramai lagi sahabat cikgu. Setakat ini, KAMY hanya mampu membantu Cikgu pada setiap hari sabtu setiap bulan. Semoga selepas ini, bertambah tenaga kerja yang membolehkan KAMY membantu sahabat-sahabat cikgu yang lain pula.

Reader terbahagi kepada 4 kumpulan iaitu :

1) Team A - Saudara Farhan & saudara Lokman
2) Team B - Saudara Fairuz & Saudari Nazifah
3) Team C - Saudari 'Adibah & Saudari Amirah
4) Team D - Saudari Nadiah & Saudari Haliza@Joy/Saudari Haslina


Berikut merupakan jadual Reader seperti yang dirancang.

Februari
Minggu Pertama (13 Feb 2010) - Team A
Minggu ke-2 ( 20 Feb 2010) - Team D
Minggu ke-3 ( 27 Feb 2010) - Team B

Mac
Minggu Pertama ( 6 Mac 2010) - Team C
Minggu ke-2 (13 Mac 2010) - Team D
Minggu ke 3 (20 Mac 2010) Team B
Minggu ke-4 (27 Mac 2010) - Wacana KAMY

April
Minggu Pertama (3 Apr 2010) - Team A
Minggu ke-2 (10 Apr 2010) - Team D
Minggu ke-3 (17 Apr 2010) - Team C
Minggu ke-4 (24 Apr 2010) - Team B

May
Minggu Pertama (1 May 2010) - Team C
Minggu ke-2 ( 8 May 2010) Team D
Minggu ke-3 (15 May 2010) - Team A
Minggu ke-4 (22 May 2010) - Team B
Minggu ke-5 (29 May 2010) - Team C


Setakat artikel ini ditulis, semua AJK telah merasai pengalaman menjadi reader kepada Cikgu Iranshah. Pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Hanya dengan sedikit kelapangan masa sahaja. Diharap kepada semua KAMYans yang mempunyai kelapangan untuk turut serta dalam program ini dan membolehkan KAMY membantu lebih ramai orang yang memerlukan.

Salam.

Projek KAMY : Reader untuk OKU Cacat Penglihatan

| Monday, March 8, 2010 | 0 comments |
Pada 12 Feb 2010 yang lepas, bertempat di Ipoh Kopitiam Seksyen 14 PJ, atas saranan Cik Fauziah Tahar ketika wacana KAMY yang lepas, AJK KAMY telah berjumpa Cikgu Iran Shah bin Ramatullah. Seorang OKU cacat penglihatan ketika berumur 10 tahun. Banyak faktor terjadi kecacatan mata. Antaranya akibat penyakit Retinitis Pigmentosa (akibat dari gangguan genetik). Di mana, sebelum berumur sepuluh tahun, beliau masih boleh melihat. Tetapi, selepas umur tersebut, penglihatan beliau semakin berkurangan dan semakin kabur. Beliau hanya boleh melihat bayang-bayang benda sahaja dan sangat kurang jelas.

Menceritakan kisah bagaimana beliau berminat menjadi guru kerana berjumpa dengan seorang cikgu yang menyatakan bahawa seorang guru merupakan pekerja sosial. Lantas menyebabkan beliau menyambung pengajian dalam bidang perguruan.
Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu dalam bidang Pendidikan. Kini, beliau merupakan cikgu Bahasa Melayu di Victoria Institution (VI) Kuala Lumpur.


Menceritakan serba sedikit mengenai nasib OKU buta di Malaysia yang biasa disalahtafsirkan oleh orang ramai. Termasuk, satu insiden di mana seorang budak telah melarikan diri dari beliau kerana mengetahui beliau buta. Orang buta merupakan manusia normal seperti kita, yang mampu menaiki tangga dengan sendiri, berjalan, makan, ber'sms', ber'facebook' dan aktiviti-aktiviti lain seperti manusia normal. Hal ini kerana mereka mempunyai 'software' yang membolehkan komputer mereka bersuara ketika mereka menaip. Jadi, jangan salah anggap dengan orang buta yang hanya sering dikaitkan dengan tisu sahaja. Marilah kita mengubah tanggapan terhadap OKU ini, mereka masih boleh berjaya seperti orang normal. Jadi, apa alasan kita sebagai orang normal untuk tidak lebih berjaya dari mereka?



Biasanya, para OKU yang sudah bekerja ini memerlukan bantuan untuk meng'key-in' maklumat yang tidak boleh di'scan'. Contohnya seperti tulisan tangan dan gambarajah yang tidak boleh diterjemah oleh 'software'. Selain itu, pertolongan yang diminta oleh Cikgu Iran Shah sendiri untuk membaca karangan pelajar. Kita akan baca dan cikgu sendiri akan betulkan. Selain itu, mereka juga memerlukan bantuan untuk membawa mereka 'shopping'. Bersyukurlah sangat pada ALLAH S.W.T, sebab kita boleh bergerak ke mana sahaja mengikut kemahuan kita. Alhamdulillah.




Perjumpaan yang berlangsung kira-kira 2 jam itu berakhir dengan semangat untuk menolong sehabis baik cikgu Iran Shah dan rakan-rakan mereka yang memerlukan bantuan. KAMY berharap dapat menjalankan projek ini secara berterusan. Kepada semua sukarelawan KAMY, kamu digalakkan turut serta.