Siri Wacana KAMY 01/2010 : "Dari Lensa F&N"

| Saturday, January 23, 2010 | 1 comments |

Mari mengikuti Wacana KAMY 01/2010 bersama 2 orang aktivis KAMY - jurufoto muda yang sedang meningkat naik - Fairuz & Nazifah.

Pasangan suami isteri ini akan berkongsi pengalaman & pengetahuan mereka pada:


Wacana : 'DARI LENSA F&N'

Tarikh : SABTU, 6 FEBRUARI 2010

Masa : 10:0
0 PAGI

Tempat : YPU, PJ

Acara : 10 PAGI - 12 TGHARI (WACANA)

2 - 4 PETANG (STUDIO SHOOTS)


Yuran Penyertaan : RM5.00 SAHAJA


'BELAJAR, CUBA DAN BERAKSI DI WACANA FOTOGRAFI!!'

Pastikan KAMYans menyerbu YPU pada 6 Februari nanti! Jangan lupa bawa DSLR anda! Sesiapa yang tiada DSLR jangan susah hati, SLR juga boleh! Dan, sebarang jenis kamera pun okay!


Hadirkan diri anda pada Wacana KAMY yang pertama tahun ini! Inilah peluang keemasan yang hebat.

Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan & kemahiran fotografi - bersama 2 orang anak muda KAMY yang cool, kreatif & bersemangat tinggi.



So, apa tunggu lagi teman2 KAMY? Jangan biarkan Sabtu anda - 6 Feb berlalu begitu saja!


Serbu YPU jam 10 pagi, enjoy siri Wacana yang santai tapi bermanfaat bersama F & N.


Selepas berwacana, anda boleh berposing dengan aksi menarik - studio shoots (bayaran minima dikenakan).

So
, tunggu apa lagi? Peluang ini hanya sekali dan hanya di siri Wacana KAMY. :)



Berminat? Sahkan kehadiran dengan menghubungi Nadiah, Setiausaha KAMY di 012 241 1085.

Terima kasih KAMYans!




WACANA 1 : FOTOGRAFI

| Saturday, January 9, 2010 | 1 comments |
Salam kepada semua ahli KAMY semua. Tidak terlalu lewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua. Membuka lembaran tahun baru ini, satu aktiviti KAMY yang agak menarik akan berlangsung. Satu wacana (perkataan yang biasa digunakan untuk program KAMY) mengenai fotografi akan diadakan. Bertempat di YPU, Pada 6hb Februari 2010 bersamaan Sabtu. Kemungkinan besar akan dimulakan pada pagi hari. Kita akan menjemput ahli KAMY sendiri untuk memberi wacana ini. Siapa lagi jurugambar profesional dalam ahli KAMY? Cuba teka? Yup. Pandai-pandai ahli KAMY ye. Saudara Fairuz bergabung bersama Kak Long Nazifah akan memberi wacana, disamping mengajar teknik-teknik menangkap gambar dengan betul dan menjadikan gambar itu lebih menarik dan bermakna. Bukan main tangkap je sebab tak guna filem kan? Hehe. Program ini sangat sesuai kepada mereka yang berminat menangkap gambar dan gambarnya ditangkap ya.Untuk lebih menarik, ahli KAMY boleh membawa kamera sendiri semasa program itu nanti. Terus praktikallah kiranya.


Selain itu, kita juga akan membuat set di YPU nanti. Set macam dekat kedai gambar. Gambar keluarga yang kalau ditangkap di studio akan dikenakan bayaran beratus-ratus. Tapi, di sini, kepada sesiapa yang mahu ditangkap gambar, akan dikenakan bayaran yang agak berpatutan. KAMY hanya mengambil bayaran proses gambar dan 'up' sikit untuk dimasukkan ke dalam tabung KAMY. Al-maklumlah, KAMY tiada penaja dari mana-mana pihak. Jadi, kenalah cari dana sendiri. Jangan lepaskan peluang ini. Boleh ajak kawan-kawan yang berminat sekali. Bersama-sama kita memeriahkan program ini nanti.

Salam.