Lawatan Kedua

| Sunday, May 31, 2009 | 1 comments |
Assalamualaikum...

Hari ini, 31 Mei 2009, kami sekali lagi melawat penghuni Pusat Jagaan Nur Hasanah(PJNH). Kami bertolak dari YPU jam 10 pagi dan kami smpai lebih kurang jam 11.15 pagi. Sewaktu kami sampai, pakcik Hashim begitu semangat menyambut ketibaan kami, seperti kenal rapat pula. Kami berasa sangat terharu. Sesampai disana, kami berjumpa dengan Encik Azmi selaku sukarela yang bertugas hari ini. Tujuan kami kesana adalah untuk bersantai2 dan bersembang2 dengan penghuni disana. Kami juga membawa sedikit buah untuk mereka. Kami banyak bersembang dengan pakcik Hashim kerana penghuni yang lain lebih selesa berehat dan duduk sendirian. Tapi sesekali kami berborak juga dengan mereka. Kami menghabiskan masa selama 2jam disana.

Antara ahli yang pergi ialah 'Adibah, Amirah, Iezzat, Farhan dan Haslina. Apa yang kami dapati, pelbagai aktiviti yang boleh kami atur untuk berkhidmat di pusat tersebut. Contoh seperti menebas lalang di kawasan tersebut, mengemop lantai, mengemas bilik2 dan bermacam2 lagi. InsyaAllah lawatan akan datang, kami akan melakukannya.



Sambutan Hari Lahir

| | 0 comments |
Assalamualaikum...

Pada 27 Mei yang lepas, satu jamuan telah diadakan. Jamuan ini diadakan bagi meraikan ahli KAMY yang lahir dalam bulan Mei. Antaranya ialah Ahmad Ameer (12/05), Iezzat Khalis (18/05), 'Adibah (21/05) dan Nadiah (30/05). Pada masa yang sama, kebetulan Encik Anuar berada di Kuala Lumpur bercuti untuk menemani isterinya yang kurang sihat. Terima Kasih Encik Anuar sebab belanja kami makan kek Secret Resipi. ^_^




meeting KAMY kali ke-3

| | 0 comments |
Assalamualaikum..

Pada mesyuarat yang lepas, ada beberapa program telah dibincangkan. Ia amat menarik dan memerlukan komitmen dari semua pihak agar ia berjalan dengan lancar. Antara program yang telah dibincangkan ialah :
  • Melawat Pusat Jagaan Nur Hasanah setiap 2 minggu sementara ahli KAMY cuti semester. Tarikh lawatan ialah 31 Mei, 13 Jun dan 27 Jun 2009. Lawatan ini diadakan bagi tujuan menghiburkan penghuni disitu. Selain itu, pelbagai aktiviti juga akan dilakukan seperti gotong-royong dan membersihkan kawasan. InsyaAllah~
  • Pada 4 July 2009, acara kemuncak KAMY akan diadakan. Seperti tahun lepas, malam KAMY sebagai acara kemuncak sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. Kali ini, konsep hari keluarga telah dipilih untuk acara kemuncak. Ini kerana, pada tahun ini, KAMY tidak begitu aktif disebabkan ahli2 terikat dengan program universiti masing2. Jadi, hari keluarga diadakan bagi tujuan mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli KAMY dan YPU. Bulan Jun ini, pelbagai pelan akan dibuat untuk acara kemuncak tersebut.
  • 18 July 2009 adalah tarikh untuk MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KAMY. Ia akan diadakan di YPU saja manakala perisiannya masih dalam perancangan dan akan dibincangkan bersama Encik Anuar.
  • 9 Ogos 2009 pula adalah tarikh perkahwinan timbalan ketua KAMY iaitu saudari Nazifah Mohd Anuar. Majlis beliau akan diadakan di dewan SIRIM, Shah Alam. Semua ahli KAMY digalakkan memakai pakaian berwarna MAROON untuk majlis tersebut. Seperti yang dimaklumkan oleh Encik Anuar, ahli KAMY berkemungkinan akan diperlukan untuk melancarkan perjalanan majlis. Selain itu, terdapat 3 lagi perkahwinan yang bakal menyusul selepas ini. Segala maklumat terbaru akan diberitahu kemudian.
Perjumpaan tidak rasmi akan diadakan untuk membincangkan tentang hari keluarga KAMY & YPU. Segala maklumat akan dikemaskini kemudian. Terima Kasih.