Projek KAMY : Reader untuk OKU Cacat Penglihatan

| Monday, March 8, 2010 | |
Pada 12 Feb 2010 yang lepas, bertempat di Ipoh Kopitiam Seksyen 14 PJ, atas saranan Cik Fauziah Tahar ketika wacana KAMY yang lepas, AJK KAMY telah berjumpa Cikgu Iran Shah bin Ramatullah. Seorang OKU cacat penglihatan ketika berumur 10 tahun. Banyak faktor terjadi kecacatan mata. Antaranya akibat penyakit Retinitis Pigmentosa (akibat dari gangguan genetik). Di mana, sebelum berumur sepuluh tahun, beliau masih boleh melihat. Tetapi, selepas umur tersebut, penglihatan beliau semakin berkurangan dan semakin kabur. Beliau hanya boleh melihat bayang-bayang benda sahaja dan sangat kurang jelas.

Menceritakan kisah bagaimana beliau berminat menjadi guru kerana berjumpa dengan seorang cikgu yang menyatakan bahawa seorang guru merupakan pekerja sosial. Lantas menyebabkan beliau menyambung pengajian dalam bidang perguruan.
Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu dalam bidang Pendidikan. Kini, beliau merupakan cikgu Bahasa Melayu di Victoria Institution (VI) Kuala Lumpur.


Menceritakan serba sedikit mengenai nasib OKU buta di Malaysia yang biasa disalahtafsirkan oleh orang ramai. Termasuk, satu insiden di mana seorang budak telah melarikan diri dari beliau kerana mengetahui beliau buta. Orang buta merupakan manusia normal seperti kita, yang mampu menaiki tangga dengan sendiri, berjalan, makan, ber'sms', ber'facebook' dan aktiviti-aktiviti lain seperti manusia normal. Hal ini kerana mereka mempunyai 'software' yang membolehkan komputer mereka bersuara ketika mereka menaip. Jadi, jangan salah anggap dengan orang buta yang hanya sering dikaitkan dengan tisu sahaja. Marilah kita mengubah tanggapan terhadap OKU ini, mereka masih boleh berjaya seperti orang normal. Jadi, apa alasan kita sebagai orang normal untuk tidak lebih berjaya dari mereka?



Biasanya, para OKU yang sudah bekerja ini memerlukan bantuan untuk meng'key-in' maklumat yang tidak boleh di'scan'. Contohnya seperti tulisan tangan dan gambarajah yang tidak boleh diterjemah oleh 'software'. Selain itu, pertolongan yang diminta oleh Cikgu Iran Shah sendiri untuk membaca karangan pelajar. Kita akan baca dan cikgu sendiri akan betulkan. Selain itu, mereka juga memerlukan bantuan untuk membawa mereka 'shopping'. Bersyukurlah sangat pada ALLAH S.W.T, sebab kita boleh bergerak ke mana sahaja mengikut kemahuan kita. Alhamdulillah.




Perjumpaan yang berlangsung kira-kira 2 jam itu berakhir dengan semangat untuk menolong sehabis baik cikgu Iran Shah dan rakan-rakan mereka yang memerlukan bantuan. KAMY berharap dapat menjalankan projek ini secara berterusan. Kepada semua sukarelawan KAMY, kamu digalakkan turut serta.











0 comments: