Sehari di Bukit Cerakah

| Tuesday, October 20, 2009 | |
Bertempat di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam pada hari Sabtu, 17 Oktober 2009 yang lalu, KAMY telah menganjurkan program Hari Keluarga. Program yang bermatlamat mengukuhkan ukhuwwah ahli-ahli KAMY itu telah dihadiri kira-kira 20 orang ahlinya yang datang dari sekitar Lembah Kelang. Kesempatan cuti sempena perayaan Deepavali telah digunakan oleh ahli-ahli KAMY meluangkan masa menghadiri program tersebut yang merupakan program rasmi pertama KAMY di bawah barisan kepimpinan baru.

Program yang berkonsepkan Explorace itu bermula kira-kira jam 8.00 pagi dengan kehadiran peserta pada waktu yang sama. Pengarah Program, saudari Nadiah Zainal yang juga merupakan Setiausaha KAMY yang baru telah membawa para peserta ke tempat mula program. Di sana, para peserta dan urusetia menikmati sarapan pagi sebelum diberikan taklimat program oleh Pengarah Program dan saudari Haslina Othman.

Peserta bersarapan sebelum memulakan program

Taklimat program diberikan oleh saudari Haslina Othman

Sebelum memulakan Explorace, senaman regangan dilakukan terlebih dahulu dengan dipimpin oleh saudara Ahmad Ammar Nor Azlin. Para peserta kemudiannya diberikan klu pertama yang menghendaki mereka bergerak ke Empangan Sungai Besar. Di sana, mereka telah diminta untuk membuat persembahan menyanyikan lagu raya. Persembahan tersebut pula perlu dirakamkan.



Selesai dengan tugasan pertama, para peserta bergerak pula ke Taman Rusa untuk tugasan kedua. Urusetia, saudari Aminah Zainal telah menunggu peserta di sana dan memberi arahan membuat kapal terbang kertas dan menerbangkannya melepasi garisan yang dikehendaki. Dipendekkan cerita, para peserta akhirnya kembali ke tempat bermula di dewan terbuka dengan pemenang bagi pertandingan tersebut jatuh kepada kumpulan Kuning, diikuti kumpulan Biru di tempat kedua, dan kumpulan Merah di tempat ketiga.

Dalam ucapan penutup selepas upacara penyampaian hadiah, Encik Kamal selaku wakil Yayasan Pembangunan Ummah (YPU) telah berpesan kepada para peserta yang merupakan ahli KAMY agar tidak lupa dengan tanggung jawab besar terhadap ummah yang menanti di luar sana. Encik Kamal juga telah melancarkan Tabung Mangsa Padang pada hari itu dan mendapat sumbangan menggalakkan dari sekalian peserta.

Sebelum pulang ke rumah masing-masing, para peserta telah menyanyikan lagu KAMY beramai-ramai dengan penuh semangat. Diharap semangat para peserta semasa menyanyikan lagu KAMY itu dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan amal-amal yang bermanfaat untuk ummah seluruhnya. Program berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari.

3 comments:

Anonymous Says:
October 20, 2009 at 3:15 AM

Terima kasih Sdr. Haizir atas kesudian memasukkan entri terkini aktiviti KAMY pada Sabtu lalu.

Bersemangat betul kumpulan Kuning menyanyikan lagu raya, patutlah menang....hehehehee...

Haslina Othman

azizah Says:
October 20, 2009 at 6:43 AM

Pheh... Kak Zah macam experienced cheer-leader heheheh... Chaiyok

Unknown Says:
December 5, 2009 at 7:52 AM

selamat...buat KMY YPU...
sukses selalu...
salam hormat dari salman al-farisi jakarta indonesia....