Lawatan ke Satun, Thailand

| Sunday, October 25, 2009 | 0 comments |
Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang anda semua sedia maklum, KAMY akan mengadakan lawatan ke Satun, Thailand pada 19 hingga 23 NOVEMBER 2009. Lawatan ini dibuka kepada semua ahli KAMY yang telah membayar yuran ahli dan ia terhad untuk 25 orang sahaja. Berikut adalah program yang telah diaturkan:

19 Nov 2009 (Khamis) - Peserta diminta & wajib berada di Perlis selewat-lewatnya sebelum 20 Nov 2009 pagi
(peserta boleh pilih apa jua jenis pengangkutan untuk ke Perlis dan perlu inform pd En.Anuar)

20 Nov 2009 (Jumaat) - Sarapan dulu & dalam jam 9 pagi kita akan terus bertolak ke Kpg Che Bilang
(program seharian bersama orang kampung dan bermalam disana)

21 Nov 2009 (Sabtu) - Bertolak ke pengkalan dan menaiki bot ke Pulau Mulun
(aktiviti bebas sambil menikmati keindahan pulau, tmpt yg menarik kerana jarang dikunjungi org)

22 Nov 2009 (Ahad) - Bertolak ke Bandar Lengu
(melihat-lihat sekitar bandar dan bermalam disana)

23 Nov 2009 (Isnin) - Pulang ke Perlis


Untuk makluman semua, Yuran adalah sebanyak RM150 seorang tidak termasuk tambang pergi balik ke Perlis. Ke Perlis adalah dengan kos sendiri. Sekiranya hendak naik kapal terbang, diminta sms kepada ADIBAH di 012-6741670 sebelum 5 NOV 2009 untuk memudahkan tempahan tiket. Tiket kapal terbang lebih kurang RM130 seorang pergi balik. Selain daripada itu, diingatkan supaya membawa PASPORT bersama. Sekiranya ada peserta yang ingin buat pasport group, diminta hubungi NADIAH di 012-2411085 sebelum 1 NOV 2009.

Jadi, kepada sesiapa berminat untuk mengikuti lawatan ini, diminta SMS kpd ADIBAH 012-6741670 sebelum 1 NOV 2009. First come, first serve~ ^_^

Wassalam

Sehari di Bukit Cerakah

| Tuesday, October 20, 2009 | 3 comments |
Bertempat di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam pada hari Sabtu, 17 Oktober 2009 yang lalu, KAMY telah menganjurkan program Hari Keluarga. Program yang bermatlamat mengukuhkan ukhuwwah ahli-ahli KAMY itu telah dihadiri kira-kira 20 orang ahlinya yang datang dari sekitar Lembah Kelang. Kesempatan cuti sempena perayaan Deepavali telah digunakan oleh ahli-ahli KAMY meluangkan masa menghadiri program tersebut yang merupakan program rasmi pertama KAMY di bawah barisan kepimpinan baru.

Program yang berkonsepkan Explorace itu bermula kira-kira jam 8.00 pagi dengan kehadiran peserta pada waktu yang sama. Pengarah Program, saudari Nadiah Zainal yang juga merupakan Setiausaha KAMY yang baru telah membawa para peserta ke tempat mula program. Di sana, para peserta dan urusetia menikmati sarapan pagi sebelum diberikan taklimat program oleh Pengarah Program dan saudari Haslina Othman.

Peserta bersarapan sebelum memulakan program

Taklimat program diberikan oleh saudari Haslina Othman

Sebelum memulakan Explorace, senaman regangan dilakukan terlebih dahulu dengan dipimpin oleh saudara Ahmad Ammar Nor Azlin. Para peserta kemudiannya diberikan klu pertama yang menghendaki mereka bergerak ke Empangan Sungai Besar. Di sana, mereka telah diminta untuk membuat persembahan menyanyikan lagu raya. Persembahan tersebut pula perlu dirakamkan.



Selesai dengan tugasan pertama, para peserta bergerak pula ke Taman Rusa untuk tugasan kedua. Urusetia, saudari Aminah Zainal telah menunggu peserta di sana dan memberi arahan membuat kapal terbang kertas dan menerbangkannya melepasi garisan yang dikehendaki. Dipendekkan cerita, para peserta akhirnya kembali ke tempat bermula di dewan terbuka dengan pemenang bagi pertandingan tersebut jatuh kepada kumpulan Kuning, diikuti kumpulan Biru di tempat kedua, dan kumpulan Merah di tempat ketiga.

Dalam ucapan penutup selepas upacara penyampaian hadiah, Encik Kamal selaku wakil Yayasan Pembangunan Ummah (YPU) telah berpesan kepada para peserta yang merupakan ahli KAMY agar tidak lupa dengan tanggung jawab besar terhadap ummah yang menanti di luar sana. Encik Kamal juga telah melancarkan Tabung Mangsa Padang pada hari itu dan mendapat sumbangan menggalakkan dari sekalian peserta.

Sebelum pulang ke rumah masing-masing, para peserta telah menyanyikan lagu KAMY beramai-ramai dengan penuh semangat. Diharap semangat para peserta semasa menyanyikan lagu KAMY itu dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan amal-amal yang bermanfaat untuk ummah seluruhnya. Program berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari.

SELAMAT HARI LAHIR YANG LEWAT CIK LEHA!!

| Sunday, October 11, 2009 | 0 comments |
Teristemewa untuk Pn. Siti Zaleha Syed Idris. Happy belated birthday. Sorry, lambat wish. KAMYans mendoakan semoga diberkati ALLAH dunia akhirat. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, perhatian, sokongan dan kasih sayang terhadap KAMY. Diharap Cik Leha sihat dan gembira selalu di tahun-tahun mendatang. Nanti boleh bawa mee goreng yang sedap lagi untuk kitorang kalau ada program di YPU. =)

Salam.

PASUKAN-PASUKAN YANG BERTANDING.=)

| | 2 comments |
Salam kepada semua KAMYans. Minggu ini merupakan harinya. Detik2 yang dinanti untuk kita beriadah sambil mengeratkan sillaturrahim. Walaupun pada mulanya, bilangan KAMYans yang me'reply' e-mail, dan membalas mesej untuk menyatakan kehadiran agak kurang mendapat sambutan ('Adibah sorry sebab tak balas e-mel dan mesej awak yang dulu. Sekarang baru faham perasaannya orang tak reply mesej kita. Huhu. Gila tak best.), usaha diteruskan dengan panggilan telefon terus ke corong telinga KAMYans semua. Jadi, inilah hasilnya. Seramai lebih kurang 29 orang akan men'join' aktiviti ini. Seperti yang diberitahu sebelum ini, kita akan memecahkan kepada kumpulan dan semua peserta dikehendaki memakai pakaian mengikut warna kumpulan masing2. Seperti contoh di bawah ya.



Kumpulan Pertama (BIRU)

1- Cik Jamaliah Syed Idris
2. Muhammad Firdaus Zainal
3. Rajiha Mustaffa
4. Nazifah Haji Anuar
5. Muhammad bin Yahaya
6. Anisah Nor Azlin
7. Ahmad Azizi Nor Azlin
8. Muhammad Hariz Onn
9. Kawan Nafisah (sorry Nafisah)


Kumpulan Kedua (KUNING)
1. Pn Azizah binti Che Mat
2. Haizir Othman
3. Pn. Siti Zubaidah
4. 'Adibah Nor Azlin
5. Ahmad Ammar Nor Azlin
6. Amirah Zainal
7. Muhammad Fikri
8. Abdul Muiz Yahaya


Kumpulan Ketiga (MERAH)
1. Pn. Siti Zaleha Syed Idris
2. Fairuz Ali
3. Aishah Zainal
4. Haliza Sida @ Joy
5. Muhammad Luqmanulhakim Onn
6. Arifah Nor Azlin
7. Ahmaf Ameer Nor Azlin
8. Nafisah Zainal


Sila pakai baju yang bersesuaian untuk beriadah bagi mengelakkan kecederaan semasa aturcara dijalankan. Sebarang masalah bolehlah diutarakan untuk melancarkan perjalanan aturcara seperti tidak sihat, tidak berminat untuk bermain atau tidak mahu menyertai aturcara ini, sila beritahu kepada pihak penganjur kerana kami perlu membahagi kumpulan seadil-adilnya. Hubungi Nadiah 012-2411085, atau e-mel, atau tinggalkan comment, atau apa-apa cara yang wujud di zaman teknologi berkembang pesat ini. Kepada Luqman, 'Adibah dan Farhan, tolong inform kat family awak kumpulan diorang ya. Thanks.

Kepada semua peserta, digalakkan untuk membawa sarapan pagi (pot luck) supaya kita boleh berkongsi juadah bersama. Sharing is caring. =). Makan tengahari akan disediakan oleh pihak penganjur. Jangan risau kerana ini termasuk di dalam budget yuran yang peserta-peserta akan bayar pada hari sabtu ni nanti. Jangan lupa. ;)

Marilah kita bersama-sama menggamatkan Bukit Cahaya Seri Alam di hari Deepavali ini.. Kooosmangattt....


Salam.


SELAMAT HARI LAHIR KAK INA.=)

| Tuesday, October 6, 2009 | 3 comments |
Kepada insan bernama Haslina Othman. Selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dirahmati ALLAH dunia dan akhirat. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan pengajaran dalam membimbing KAMY. KAMYans sentiasa mendoakan kebahagiaan Kak Ina dan semua aktivis YPU.

Salam.