Untuk makluman, Ahli-ahli Jawatankuasa Kumpulan Aktivis Muda YPU (KAMY) telah mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan tentang aktiviti serta program KAMY bagi tahun ini. Sehubungan dengan itu, KAMY akan menganjurkan satu Hari Keluarga YPU – KAMY pada tarikh dan waktu berikut:
- Tarikh / Hari: 4 Julai 2009 / Sabtu
- Masa: 8:00 pagi – 2:00 petang
- Tempat: Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam(Bukit Cerakah)
Hari Keluarga YPU – KAMY ini diadakan dalam usaha memperatkan lagi hubungan silaturrahim sesama aktivis dan penggerak YPU / KAMY. Ia juga dapat memberi pengalaman bermakna kepada para penggerak KAMY demi memastikan kesinambungan usaha-usaha murni YPU diteruskan.
Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan KAMY agar saudara/saudari dapat sama-sama menyertai program Hari Keluarga ini sebagai menyatakan sokongan kepada inisiatif murni anak-anak KAMY.
Maklumat lanjut program akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah saudara/saudari menghubungi Setiausaha KAMY, `Adibah Nor Azlin @ 012 674 1670.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan saudara/saudari.
Wassalam.
IEZZAT KHALIS MOHD. NOR
Ketua
Kumpulan Aktivis Muda YPU
s.k. Hj. Mohd. Anuar Tahir
Pengerusi Yayasan Pembangunan Ummah
1 comments:
June 8, 2009 at 8:55 PM
Thanks Diba for the posting :)
Haslina
Post a Comment