Sarasehan bersama Dr Azizah Othman

| Friday, December 5, 2008 | 3 comments |




Sarasehan KAMY
"Menggali & Mengenali Personaliti Diri"


Moderator: Dr Azizah Othman (Pakar Psikologi Klinikal)
Tempat: YPU
Waktu: 11.00pg- 3.00ptg
Tarikh: 25 Disember 2008 (Khamis pagi, bukan sambutan Krismas, harap maklum, tapi seperti biasa ada makan2-potluck)
Kehadiran: Semua AJK wajib hadir sebagai suatu
training menjana diri 'sehabis baik' bak kata ketua.koosmangat!

Alhamdulillah sarasehan berjalan lancar..Dr Azizah Othman seorang penyampai yang bijaksana.Latihan mengenali personaliti yang lebih berbentuk 'fun games' sangat mengesankan. Antaranya mengenalpasti personaliti rakan-rakan melalui 5Cs-Colour, Cuisine, Country,Closet Dream,Constraint...(agak ketara kita semua cepat kenal personaliti kawan-kawan sebenarnya kan?)

Menarik bila memberi nickname masing2 seperti:-

No-nonsense Nuar,
Amazing Azizah,
Honest Haslina,
Intuitive Iezzat,
Lovely Lina,
Adorable 'Adiba,
Rational Farhan,
Macam2 Mujahedd,
Noisy Nisah,
Mysterious Miera,
Flexible Fairuz,
Azam Azizi,
Angan Amir,
Active Ameer,
Matematik Muhammad,
Friendly Fadzlin,
Nimble Nazifah,
Hidden Himady,
Responsible Norzam,
Serious Shida,
Aku Ammar,
Coolness Chop.
Natural Nadiah
Kaklong Aishah


Ada juga sesi memilih bentuk2 kepingan kertas pelbagai warna dan menempatkan kepingan kertas2 membolehkan kami-kami membaca personaliti sendiri dan persamaan personaliti dengan rakan lain.

Papan pamer di YPU juga penuh dengan janji2 warna-warni komited ahli-ahli yang hadir dengan apa yang boleh disumbang buat KAMY bercantum gambar personal masing2.

Akhir kata, terima kasih Dr. Azizah dengan sarasehan yang bermakna, terima kasih Cik Jamaliah dengan
steamboat yang ultimate (kalah Johnny's), terima kasih Cik Leha dengan dessert buah favourite (Hidden Himady tambah 3 kali), terima kasih Adorable 'Adiba dengan muffin enak, terima kasih kak Lovely Lina dgn apam yg maintain lazat, terima kasih kawan2 untuk tajaan kek Chocolate Indulgence by Secret Recipe-hadiah Ulangtahun ke-56 No-Nonsense Nuar, terima kasih kak Honest Haslina for being there always dan terima kasih rakan-rakan KAMY kerana berterus-menerus..Jumpa lagi sarasehan selepas ni!-;)

Jumpa lagi di sesi Sarasehan seterusnya!;)

Singapura Bah. 2: Melihat Melayu (Catatan Haizir Othman)

| Monday, December 1, 2008 | 1 comments |
Pak Djamal membawa kami ke van yang akan mengangkut kami ke mana-mana sepanjang dua hari ini. Van sekecil itu rupa-rupanya mampu memuatkan kami yang seramai 20 orang selain pemandu dan Pak Djamal sendiri. Sebaik masuk ke dalam van, Pak Djamal terus “menjalankan tugasnya” memberi penerangan sedikit-sebanyak kepada kami tentang tempat-tempat yang akan kami lawati secara khasnya dan Singapura sendiri secara amnya. Tempat pertama yang akan kami lawati ialah bangunan Pertubuhan Jam’iyyah Islam Singapura di Geylang. Sebagai budayawan, Pak Djamal juga mengarifi sejarah dan beliau memberitahu kami bahawa nama Geylang itu berasal dari nama satu tempat di Indonesia dan lagu yang popular, “Geylang Si Paku Geylang” itu sebenarnya asalnya merujuk kepada Geylang di Indonesia dan bukan di Singapura. Geylang juga menurut Pak Djamal adalah nama sebuah pokok kayu.

Dalam perjalanan itu, kami melepasi roda ferris terbesar (aku tidak ingat sama ada ianya terbesar di dunia, di Asia atau di mana) yang menjadi antara tarikan paling utama pelancong ke Singapura. Ia sangat agam, jauh lebih besar daripada Eyes On Malaysia yang kini diletakkan di Melaka. Menaikinya agaknya membolehkan kita melihat sebahagian besar Singapura. Tetapi roda besar itu hanya mampu menjadi pencuci mata kami kerana menurut Pak Djamal, untuk menaikinya kamu perlu mendaftar sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal kerana roda itu direbut-rebut orang dari seluruh dunia.


Selepas beberapa ketika, van yang kami naiki menyusur Lorong 12, Geylang dan berhenti di hadapan bangunan bernombor 31. Kami telah tiba di Jam’iyyah. Kedatangan kami telah pun ditunggu dan disambut ahli-ahli Jam’iyyah lelaki dan perempuan di depan pintu masuk ke bangunan mereka. Di dalam dewan, kami dibawa duduk dan disambut dengan pantun oleh pengerusi majlisnya. Seterusnya, bangunan setinggi tujuh tingkat itu kami “jelajahi” setingkat demi setingkat untuk melihat kegiatan yang dijalankan badan dakwah ini. Bangunan Jam’iyyah punya ruang solat yang boleh didirikan solat Jumaat di dalamnya, kelas-kelas Tadika tempat anak kecil dijaga dan dididik, ruang kedai ala koperasi, bilik kaunseling dengan kaunselor bertauliah dan berpengalaman, malah klinik perubatan lengkap dengan kelengkapan dan ubat-ubatan. Melihat semua ini, aku menjadi kagum dengan kehebatan pendukungnya, terutama Presidennya kini, Haji Abu Bakar Maidin yang kukira sedang memanjat usia 70-an.





Dakwah di Singapura fikirku tidak sekompleks di Malaysia. Di Malaysia, jika kamu terlibat dengan gerakan dakwah, kamu akan segera dilabel dengan pelbagai gelar terutama pro parti politik tertentu. Tetapi ini tidak berlaku di Singapura kerana negara itu dikuasai oleh satu parti tunggal yang cukup dominan dan sukar digugat, maka politiking di sana hampir tiada dan mereka boleh menumpukan kepada usaha membangunkan negara. Ya, barang pasti ada pro dan kontra keadaan sebegini. Kontranya ialah seperti ada dakwaan bahawa penduduk Singapura penakut untuk mengeluarkan pendapat bertentangan dengan dasar kerajaan kerana undang-undang yang terlalu ketat. Ya, kerajaannya terlalu kuat, hampir tiada suara pembangkang sebagai pengimbang atau check and balance.

Dari sana, kami ke Muzium Warisan Melayu di Kampung Gelam. Ianya adalah Istana Kampung Gelam yang telah dijadikan muzium. Ah, betapa ironis! Institusi terunggul bangsaku kini hanya layak dipapar untuk tontonan orang. Di sini, terlalu banyak khazanah ilmu yang dapat kami kutip selain terlalu banyak kami mengambil gambar. Aku paling seronok dapat melihat gambar barisan pengasas Angkatan Sasterawan 1950 (ASAS 50) di satu sudut. Di sini juga aku mengetahui bahawa Stamford Raffles, Gabenor Jeneral pertama Negeri-negeri Selat boleh berbahasa Melayu, menulis Jawi malah menulis syair!









Seterusnya, kami ke Masjid Sultan yang terletak tidak jauh dari situ untuk menunaikan solat jama’ Zuhur dan Asar. Tetapi sebelum itu kami dihidangkan dengan pembentangan dari jawatankuasa masjid tentang perjalanan aktiviti-aktiviti mereka. Mereka ternyata lari dari gaya konvensional dalam mengajak orang terutama golongan muda datang ke masjid. Namakan sahaja aktiviti berbasikal, sembang-sembang, pertandingan nyanyian, semuanya sudah mereka lakukan. Tidak hairan, mereka punya pekerja sepenuh masa bergaji untuk melakukan itu semua. Namun, itu tidak menghalang rasa kagum kami terhadap keunikan dan komitmen mereka terhadap usaha dakwah.

Setelah satu hari yang sibuk, malam itu kami ke Lapangan Terbang Changi untuk makan malam.

Singapura Bah. 3: Bersajak di Muhammadiyah

Sajak oleh Sdr. Haizir

| Friday, November 28, 2008 | 1 comments |
Di Bawah Suria Singapura

Kami melewatimu sewaktu hari masih terlalu muda
Dalam gerabak panjang mel Senandung Malam,
bulan penuh malam Dzulqa'idah mengiring kami sehingga ke Tanjung Pagar
Ternyata suria di bumimu cukup cerah
dan cukup indah
Menyambut kami dengan cukup segar - dan senyum Pak Djamal
yang sangat mekar
Kami bersarapan pagi sementara
mengisi perut yang lapar.

Ah, Singapura!
Menurunimu mengingatkan kami kepada sejarah panjang bangsa
Menyedut udaramu membangkitkan rindu
yang membara, dan menyala
di dalam jiwa
Betapa pada satu masa dulu di peta dunia - dalam satu
garisan negara yang sama,
kita pernah dikumpul bersama.

Namun barangkali kami masih terlalu muda
Untuk menyedari golak-gelojak politikus berebut kuasa
berbalah di meja polemik, bertingkah di padang sentimen
berkejar di ranjau emosi - bermain api
Dan selepas puluhan tahun hidup berasing negeri
Leluhur kami di sini
Semakin dilupa dan sirna
Di tangan anak cucu sendiri.

Singapura, bumi da'wah subur tanah makmur
dengan penduduk jiwa luhur
Kami, sekumpulan anak muda Malaysia
Saudara kandungmu di utara negara
Datang ke jantungmu, mencari sebahagian hati
yang tertinggal di sini
Menjejak jejak nusa yang masih ada - dengan
cita-cita besar, dan harapan lebar
Untuk mencari besi-besi penyambung
rantai panjang perjalanan da'wah
Menerus legasi ummah
Doakanlah kami agar tidak mudah menyerah!


Putra Baginda
Muhammadiyah,
16 November 2008.

Lawatan Muhibbah ke Singapura (YPU&KAMY) 14-17 November 2008

| Tuesday, November 18, 2008 | 4 comments |
15 November 2008 (Sabtu)
8.00-9.00 pagi : Tiba di Stesen Keretapi Tanjung Pagar & ke City Backpackers
10.00-12.00 tgh : Lawatan ke Jamiyah Dakwatul Islamiyah, Geylang road
1.00-4.00 ptg : Lawatan ke Istana Kampung Gelam- Taman Warisan Melayu & Masjid Sultan
5.00 ptg : Acara Bebas

16 November 2008 (Ahad)
9.30-12.30 tgh : Lawatan ke Pusat Muhammadiyah
1.00-4.00 ptg : Lawatan ke Muzium Lt Adnan di Bukit Candu, Kent Ridge
4.00-6.00 ptg : Membeli-belah di Mustafa Centre
6.30-8.30 mlm : Solat & meninjau Masjid Istiqamah
8.30-11.00 mlm: Makan malam, deklamasi puisi di rumah Pak Djamal Tukimin

17 November 2008
10.00 pg : Bertolak ke Kuala Lumpur di Hentian Lavender



Catatan Perjalanan ke Singapura – Bahagian 1
Haizir Othman


Petang itu, 14 November 2008, aku dan isteri ke stesen komuter Teluk Gadong dari rumah dengan berjalan kaki. Ah, beg-beg kami berdua begitu berat dan perjalanan selama 10 minit ke sana telah melelaskan tapak tangan. Aku menyeberang jambatan untuk membeli tiket sewaktu aku menyedari telefon bimbitku tertinggal di rumah. Kami tidak menunggu lama sebelum kereta api dari Pelabuhan Klang tiba untuk menghantar kami ke KL Sentral. Malam ini jam 9 kami akan ke Singapura mengikuti rombongan Yayasan Pembangunan Ummah bersama Encik Mohd. Anuar Tahir. Seronok atau tidak perjalanan yang bakal kami tempuhi itu tidak dapat aku jangkakan kerana ini bakal merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke republik itu.

Di KL Sentral, sempat aku dan isteri menikmati makan malam dan solat jama’ Maghrib dan Isya’ sebelum kami berjumpa anggota rombongan lain, Nadiah, Haliza, Kak Ina dan Aishah di tingkat dua, berhampiran Nile Books Store. Selepas itu, seorang demi seorang datang; Encik Anuar dan anak gadisnya, Nazifah, adik-beradik Amirah, `Adibah dan Anisah, pasangan suami-isteri Encik Nik dan Dalia, juga Liyana, Iezzat, Mujahedd, Himady, Asyraf, Fairuz dan Fathi. Kami tidak melepaskan peluang berkumpul beramai-ramai itu untuk bergambar dengan kamera masing-masing. Di luar stesen, hujan turun selebat-lebatnya.

Kami hanya menaiki kereta api kira-kira jam 9.15 malam. Gerabak kereta api yang kami naiki itu dinamai Senandung Malam, nama yang cukup melankoli. Dan malam itu perjalanan kami dari Kuala Lumpur ditemani bulan penuh malam Zulqa’idah, yang menemani kami sehingga ke Tanjung Pagar.

Sewaktu embun sudah menitik, kami masih di dalam gerabak, membuatkan Subuh kami pagi itu bersejadahkan cadar tilam kereta api yang empuk dan menenggelamkan dahi semasa bersujud. Sejuk malam tadi masih belum hilang. Aku ke bilik air dengan gigil dan gegar, kerana sejuk cuaca pagi dan kerana digoyangkan kereta api yang bergerak.

Kami perlu turun menyerahkan pasport dan slip imigresen untuk dicop di Pejabat Kastam dan Imigresen selain mengimbas beg, sebelum naik semula ke dalam gerabak. Setiba di stesen kereta api Tanjung Pagar, matahari telah pun meninggi, menyambut kami yang keletihan dan agak kelaparan. Pak Djamal Tukimin, sasterawan dan budayawan Singapura telah sedia menunggu kedatangan kami di sebuah kedai makan, tempat kami mengambil sarapan pagi selepas itu. Roti canainya tidak seempuk roti Malaysia, begitu juga nasi lemaknya tidak selemak nasi Malaysia; ia agak cepat memuakkan. Malah, teh tariknya agak berbau masam kerana dicampur dengan susu cair, bukannya susu pekat.

Pak Djamal meminta kami segera bersiap untuk ke destinasi pertama lawatan kami, Jam’iyyah Singapura di Jalan Gurney. Waktu sudah agak lewat, tidak memungkinkan kami ke penginapan terlebih dahulu untuk mandi dan bersalin baju. Maka pergilah kami ke sana, memulakan hari pertama kami di Singapura dengan badan melekit dan muka berminyak.




Pak Djamal, Bas Hijau & Singapura.
Nazifah Anuar


Di malam Jumaat 14 November ini, perasaanku menaiki keretapi ke Tanjung Pagar tidak mungkin serupa dengan perasaan Nadiah, Iezzat, Fairuz dan lain-lainnya. Aku sudah kebas dengan goyangnya, tutup-buka pintu otomatisnya, bunyi roda-rodanya mahupun sempit bilik airnya. Sejak kecil aku sekeluarga seringkali pulang semalaman begini ke Perlis kampung halaman. Melihatkan aksi Nadiah sibuk menjelajah pintu otomatis dan katil tingkat atas buat kami semua tertawa besar.

Pagi Sabtu 15 November, kali kedua aku melangkah ke Tanjung Pagar. Aku sama sekali tidak hampa. Keadaan lantai dan bahagian dalam bangunannya sudah direnovasi. tanah kepunyaan Malaysia ini akhirnya terpelihara, alhamdulillah. Cuma sedikit frustrasi bukan dengan rasa chapatti dan kuahnya namun dengan harga S$3 dollar untuk sepinggan sarapanku, aduh! Di Tanjung Pagar, kami dijemput Pak Djamal yang sederhana, pemandu bas yang pendiam tapi seringkali tersenyum dan bas kontot yang hijau. Bas hijau yang kami naiki itu betul-betul cukup dan muat-muat untuk kami berdua puluh orang. Perjalanan singkat ke Geylang Road membawa kami ke bangunan Jamiyah Dakwatul Islamiyah yang tersergam indah, warnanya juga hijau sedondon dengan bas yang kami naiki serta pohon tembun lagi rendang di seberang jalan.

Sebaik masuk ke dalam bangunan, dan melabuhkan punggung di kerusi, kami diberikan taklimat ringkas tentang Persatuan Jamiyah dan sejarahnya di mana Jamiyah telah ditubuhkan pada tahun 1932 menggenapkan umurnya seorang tua 76 tahun.
Kemudian kami dipecahkan ke dalam dua kumpulan bagi menaiki lif dan melawat dari satu tingkat ke tingkat yang seterusnya.

Tingkat pertama dilawati, ruangan solat yang juga dijadikan tempat solat jumaat. Terus kami ke tingkat seterusnya, tingkat ceria penuh warna warni. Ini tadika mereka. hiasan kemas, teratur, warna pelangi ini menarik hati seluruh peserta. Bila pula melihatkan bilik-bilik dengan konsep berbeza seperti bilik muzik, bilik komputer dan bilik kedai runcit lagilah hati ini berbisik, “Ah, terasa ingin jadi guru tadika pula!”. Kami diberitahu Cik Melissa, seorang pegawai perhubungan Jamiyah bahawa para pengajar di sini memerlukan sekurang-kurangnya Diploma in Early Childhood manakala sukatan pelajaran ditetapkan oleh pihak kementerian dan setiap semester menggunakan tema yang berlainan.
Kami kumpulan perempuan memenuhi lif lagi. Tingkat seterusnya membuatkan hati tambah kagum. Dalam bangunan yang ringkas ini pelbagai da’wah dan amal boleh dikembangkan. Ada bilik klinik bantuan guaman di mana peguam berbilang kaum saling bersukarelawan tanpa mengira apa jua perkara atau jenis kes. Hati berbisik lagi, “Ah, habiskan chambering, jadi peguam pun boleh bantu masyarakat juga!”. Maju lagi beberapa tapak, pintu bilik kaunseling terkuak. Encik Mohamed Mustafa menerangkan tentang koloborasi Pusat Kaunseling Jamiyah dengan Mahkamah Syari’ah Singapura. Kebanyakan kes kaunseling meragkumi kes pra-perkahwinan hingga ke selepas penceraian, kes alkohol, kes dadah dan sebagainya. Sambil kumis tersenyum, Encik Mohamed menerangkan kes perceraian pernah melibatkan warga tua berumur 90 tahun dan paling membanggakan sebanyak 45-50% perkahwinan telah berjaya diselamatkan. Kujeling ke kiri, terdapat sebuah bilik panjang yang beroperasi sebagai kedai runcit yang menawarkan harga barang lebih murah dari harga pasaran, suatu langkah bijak membantu orang ramai yang lemah ekonominya. Selain ini semua, Jamiyah mempunyai pusat-pusat yang lain seperti Darul Takrim; rumah bagi warga emas berbilang bangsa dan juga Darul Islah; beroperasi sebagai pusat serenti.

Yang Berbahagia Tuan Haji Abu Bakar Maidin, presiden Jamiyah Dakwatul Islamiyah Singapura di dalam ucapannya menyebut tentang kesusahan mendapatkan dana pada awal penubuhan Jamiyah di mana mereka terpaksa membuat kutipan derma dari rumah ke rumah. Selama ini mereka sering melakukan walkaton namun paling memberangsangkan adalah perjumpaan-perjumpaan luar apabila Arab Saudi telah mendermakan S$600,000.00 dollar yang digunakan untuk mendirikan bangunan yang kami sedang nikmati sekarang. Iya, bangunan ini sekarang sudah bersepuluh tingkat!

Bas hijau kontot yang comel berjalan lagi. ..
Kali ini kami singgah ke Taman Warisan Melayu, sebuah muzium warisan melayu yang mengumpulkan warisan orang melayu Singapura. Memang menarik, maka tertariklah ahli-ahli lawatan kami ini. Banyak benda boleh mereka ‘aksikan’ dengan kamera masing-masing. Ada al-Quran lama, keris, pingat, transkrip, surat diraja, contoh rumah melayu lama, contoh rumah melayu 60-an, barang-barang harian dulu-dulu, arca, paling menarik ada juga set penggambaran Filim Bujang Lapuk!
Kami-kami jalan kaki selepas itu ke Masjid Sultan betul-betul di hadapan Taman Warisan Melayu. Haji Asmawi, Pegawai Eksekutif Masjid Sultan menyambut kami. Beliau menerangkan sejarah Masjid Sultan berbantu tayangan slaid. Pada tahun 1824, Sultan Hussein Shah telah bertanggungjawab membina masjid ini. Masjid ini telah direka oleh Swan & Mclaren bernilai S$200,000.00 dollar bagi menampung 5,000 orang. Pada tahun 1975, Masjid Sultan telah diiktiraf sebagai Monumen Negara dan turut diisytihar sebagai Masjid Negara. Pada awal pembinaannya masyarakat setempat telah menyumbangkan botol-botol kicap untuk dijadikan hiasan kubah Masjid Sultan, aku tidak terbayang sebanyak mana botol kicap yang diperlukan. Namun sesuatu yang baru kami pelajari apabila Masjid ini sangat prihatin dengan golongan belia sehingga mengadakan pelbagai acara untuk menarik belia termasuklah membuat pertandingan musik, acara seni graffiti, kem remaja dan sembang-sembang remaja. Kami didengarkan cd lagu kumpulan-kumpulan musik yang memenangi pertandingan musik tersebut. Sedap!Jauh dari sangkaan. (cakappasalremaja.blogspot.com & sultanyouth.multiply.com)

Malam 15 November 2008, kami-kami tidak melekat pada bas hijau lagi…
Kali ini kami & Pak Djamal independen. Kami naik MRT! Maka terkedek-kedeklah Abah dan aku membeli tiket untuk 18 orang. Tangan macam robot kilang, huhu. Kami pergi ke Changi Airport untuk makan di foodcourt. Rata-rata memilih nasi ayam, kupilih bakso, bila ramai-ramai begini terkenang jogja agaknya. Bakso kurang enak, nasi ayam lebih oke. Maka dicuri dengan izin nasi ayam Kakina, Diba & Fairuz. Selepas ini berpecah lagi ada yang ke Esplanade & Merlion, ada yang ke Bugis & Esplanade. Sayang, lampu-lampu di Bangunan Esplanade berbentuk durian ini kurang menyala malam ini. Mungkin Esplanade menyeru kami datang lagi di lain kali?

Pagi Ahad, 16 November 2008, bas hijau bergerak lagi ke Pusat Muhammadiyah. Ustaz Abdul Salan Sultan (pegawai perhubungan Muhammadiyah) memberi penerangan tentang operasi Muhammadiyah dari tadika ke Kolej Islam Muhammadiyah. Muhammadiyah kini berumur 51 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1957. Tayangan video tentang Muhammadiyah sangat mengesankan di mana ia berhasil menunjukkan dekatnya kemanusiaan Muhammadiyah dengan masyarakat Singapura. Bagiku Muhammadiyah ringkas dan sederhana, suatu yang tampak tertonjol pada penggeraknya serta bagunannya. Namun tentang pergerakan dana Muhammadiyah, selain dari kutipan, Muhammadiyah mempunyai perniagaan dalam cabang penyediaan makanan (makanan beku segera), Agensi Pelancongan (Umrah & haji) dan Agensi pemasaran dan reka grafik. Perniagaan-perniagaan ini menyumbang sehingga 10-15% kepada dana Muhammadiyah. Suatu jalan yang sangat boleh dicontohi, target mereka ialah sumbangan sebanyak 30% kepada dana Muhammadiyah . Selepas selesai, kami dijamu ayam masak kicap dan tempe masak sambal. Bagiku sepanjang di Singapura makanan ini yang paling ringkas dan enak dinikmati sambil bersantai di kerusi dan meja kayu panjang di kantin Muhammadiyah di selang seli kehadiran anak-anak kecil dengan kain hijau berlari sana-sini, koosmangat!
Tengahari Ahad, bas hijau cuba mendaki Bukit Candu, Kent Ridge…
Terdiam sejenak kami-kami kerana bas tidak mampu menampung berat berlebihan di jalan yang curam. Jadi bas hijau mengambil jalan alternatif yang kurang curam. Berjaya akhirnya! Kami menghirup udara segar berjalan di bawah kanopi pokok hutan bagi memberi penghormatan buat Leftenan Adnan. Muzium Leftenen Adnan di sebelah yang berlawanan pula ternyata sebuah banglo putih yang sungguh canggih dan unik ciri-ciri muziumnya. Bak kata Abah, sayang Leftenan Adnan berkorban buat bangsa lain yang akhirnya berkuasa di tanah Singapura. Namun semangat juang pemuda melayu ini hingga ke peluru terakhir buat meremang bulu roma.

Petang Ahad itu, bas hijau turunkan kami-kami di Mustaffa Centre yang terkenal di Little India sehinggakan Pak Bujang @ Encik B.J mengatakan ianya suatu kerugian jika ke Singapura dan tidak ke Mustaffa Centre. Namun aku pasti ianya bukan suatu kerugian besar buat kami, warga Malaysia yang sudah terbiasa dengan Mydin Mall yang jauh lebih murah. Walau begitu kulihat Abah memborong cenderahati yang banyak, maknanya cenderahati di Mustaffa Centre pasti murah, pasti.

Di senja Ahad yang tenang, roda-roda bas hijau berputar lagi menuju ke Masjid Istiqamah. Kami bermaghrib dahulu di situ kemudiannya disambung dengan taklimat oleh Encik Saad, Pengerusi Eksekutif Masjid Istiqamah. Kami difahamkan Masjid Istiqamah adalah Masjid ke-2 dibina di bawah Dana Pembangunan Masjid. Ini adalah contoh masjid yang direka sendiri Ahli Jawatankuasa Masjid yang lebih memahami keperluan Muslimin dan Muslimat. Masjid yang perlukan belanja S$100,000.00 sebulan ini menjalankan perniagaan runcit dan makanan kecil-kecilan di bahagian bawah masjid (Savers Corner), kutipan, tabung masjid, yuran pengajian bagi menampung perbelanjaannya. Namun setiap kali kami melawat pasti ada yang paling menarik tentang sesuatu tempat itu. Masjid ini mengadakan W.R.I.T.E club bagi menggalakkan anak-anak kecil menulis dan memberi pendedahan tentang penulisan melalui bengkel-bengkel serta mereka dijadikan editor dalam majalah bulanan masjid. (http://www.alistiqamah.org.com/).

Destinasi akhir bas hijau akhirnya tiba di kediaman Pak Djamal, di tingkat satu sebuah pangsapuri. Ternyata pangsapuri ini selesa meskipun sejumlah besar kami ini mengisi ruangan utamanya. Pak Djamal dan keluarga ternyata beria menjamu kami dengan pelbagai jenis kuih dan pelbagai lauk-pauk ayam, daging lembu dan kambing berserta nasi beriani dan juga mihun goreng. Kenyang dan gembira. Kami kembali duduk santai menyaksikan video persembahan Pak Djamal di Esplanade. Kami sambung lagi penghargaan buat Pak Djamal dengan rangkap-rangkap pantun oleh Abang Haizir, Himady, aku sendiri, Asyraf, Fairuz , Kak Ina, Fathi dan Iezzat. Pantun yang kureka di dalam bas hijau berbunyi:

Puas berjalan kaki tak henti,
Tambah ilmu meninjau amal,
Segulung kasih seikhlas hati,
Selamanya kenang budi Pak Djamal!
Seterusnya puis-puisi Pak Djamal dibacakan oleh Mujahedd, aku dan Kak Ina. Puisi yang aku bacakan tentang Fatimah, puteri Rasulullah begitu menyuntik hati sehingga ke hari ini, bagai tak puas selagi tangan tidak dapat memegang koleksi puisi Pak Djamal itu. Lalu kami tinggalkan Pak Djamal sekeluarga dengan sesi fotografi. Bas hijau pon menembusi angin di jalanraya kota singa menuju ke hostel kami, City Backpackers.

Pagi sebuah isnin, 17 November 2008. Pengalaman baru buat aku dan yang lain. Kami menaiki bas untuk ke Hentian lavender di mana bas Transnasional untuk ke Puduraya sudah menunggu.

Selamat tinggal Pak Djamal, Bas Hijau dan Singapura!
Ternyata kami sudah merinduimu.

24 November 2008
Subang Jaya.


Mesyuarat Pertama KAMY sesi 2008/2009

| Thursday, October 23, 2008 | 1 comments |
Assalamualaikum w.b.r

Mesyuarat pertama bg sesi ini telah berlangsung pada 30/08/08 bertempat di YPU. Mesyuarat dipengerusikan oleh Sdr. Anuar Tahir dan kedatangan ahli seramai 17 orang.

Antara agenda yg telah dibincangkan adalah :
AGENDA 1 : Pembentangan laporan AGM KAMY oleh Sdr. Iezzat Khalis
AGENDA 2 : Pembentangan kegiatan/aktiviti KAMY bg sesi 2008/2009
AGENDA 3 : Hal-hal lain dan penutup

Berikut adalah senarai kegiatan/aktiviti KAMY yg telah dibincangkan dan perlu perbincangan selanjutnya :

1. Sukarelawan
  • kanak-kanak
  • cacat penglihatan
  • orang tua
  • hospital
  • blood donation
2. Wacana dan sarasehan KAMY-YPU perlu diteruskan
3. Mengadakan latihan keterampilan diri dan pertolongan cemas
4. Membentuk pasukan/petugas khas untuk bencana alam (adhoce committee)
5. Membentuk pasukan sukarelawan dengan menggabungkan pelajar-pelajar universiti yg mempunyai kepakaran dalam masing-masing
6. Program bersama orang asli
7. Malam Puisi & Islam di Singapura

Antara aktiviti yg memerlukan perhatian segera adalah Malam Puisi & Islam. Berikut adalah sedikit maklumat tentang program tersebut :
  • Tarikh : 15-17 Nov 2008 (Sabtu hingga Isnin)
  • Tempat penginapan : Banglo Pasir Ris, Singapura
  • Had bilangan peserta : 20 orang (buat masa ni ada 17 orang)
  • Aturcara program secara draft :
  • 14 Nov 2008 - Jumaat malam bertolak dengan menaiki keretapi
  • 15 Nov 2008 - Program Sosial, melawat Singapura
  • 16 Nov 2008 - Seminar Puisi & Islam
  • 17 Nov 2008 - Bertolak pulang dengan menaiki bas
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4 petang dan mesyuarat kedua pula pada 18 Nov 2008 iaitu pada hari Sabtu. Pada hari tersebut juga, sambutan Hari Raya YPU-KAMY juga akan diadakan.

Sekian.

Mesyuarat Agung Tahunan KAMY sesi 2007/2008

| | 0 comments |




Assalamualaikum w.b.r
Sebelum memulakan blog ini, saya, 'Adibah selaku setiausaha bagi sesi 2008/2009 ingin memohon jutaan kemaafan kerana dah lama blog KAMY tidak dikemaskini kerana beberapa masalah teknikal.Mohon maaf kepada pembaca blog KAMY yang setia.

Mesyuarat Agung Tahunan KAMY telah diadakan pada tarikh 26 Julai 2008 bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson. Kami menginap disana selama 2 hari 1 malam dan penginapan telah disponsor oleh En. Alias, ayah Shira dan beberapa individu yg lain. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Sdr. Wan Kharizal Wan Khazim dan Sdr. Khairil selaku wakil YPU berikutan Sdr. Anuar Tahir tidak dapat hadir kerana beliau ada tugasan diluar Malaysia.

Antara agenda yg dibincangkan adalah seperti berikut :
AGENDA 1 - Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat penubuhan KAMY
AGENDA 2 - Membentang dan mengesahkan laporan tahunan KAMY sesi 2007/2008
AGENDA 3 - Membentang dan mengesahkan laporan kewangan KAMY sesi 2007/2008
AGENDA 4 - Pemilihan ahli jawatankuasa KAMY 2008/2009
AGENDA 5 - Lain-lain hal dan penutup

Agenda 1 dan 2 telah dibentangkan oleh setiausaha, Sdr. Nazifah dan telah diluluskan sebulat suara oleh ahli KAMY yg hadir. Manakala agenda 3 telah dibentangkan oleh Sdr. Nur Liyana dan ia juga telah diluluskan sebulat suara oleh ahli KAMY yg hadir. Berikut adalah ahli jawatankuasa yg baru bg sesi 2008/2009. Pemilihan ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2008/2009 telah dibuat melalui undian ahli-ahli KAMY.

KETUA : IEZZAT KHALIS MOHD NOR
TIMBALAN KETUA : NAZIFAH MOHD ANUAR
SETIAUSAHA : 'ADIBAH NOR AZLIN
AHLI : FARHAN MOHD ANUAR
AMIRAH NOR AZLIN
NADIAH ZAINAL
MOHD KHAIRUL HIMADY AHMAD
MUHAMMAD ASYRAF MOHD HATTA
MUHAMMAD LUQMANULHAKIM ONN
AJK LANTIKAN :
BENDAHARI : NURLIYANA ALIAS
AHLI : AHMAD AMMAR NOR AZLIN
MUNIRAH ALIAS

Msyuarat ditangguhkan agak lewat pada jam 11 malam kerana masalah-masalah yg tertentu. Selesai sahaja mesyuarat, semua pulang ke bilik masing-masing. Pada keesokan harinya, Sdr. Wan telah memberi semua ahli satu aktiviti. Banyak pengajaran yang KAMY perolehi dari aktiviti tersebut. Mesyuarat Agung Tahunan KAMY berjalan dengan lancar tetapi Pengerusi YPU tidak dapat hadir kerana beliau ada tugasan diluar Malaysia.


Sekian,
'ADIBAH NOR AZLIN

Malam Citra KAMY, Sabtu 29 Jun 2008

| Saturday, September 20, 2008 | 1 comments |
















Sebuah malam kemuncak bagi mengumpul dana tabung kamy ini bermula pada pukul 8.00 malam dengan ucapan aluan ketua KAMY, deklamasi puisi oleh Ameer, penceritaan tentang konsep ilir-ilir, sketsa pendek, nyanyian lagu ilir-ilir, demonstrasi 'berjalan atas bara api', nyanyian lagu tema pemuda serantau & lagu rasmi KAMY, persembahan istimewa kugiran News at 11 dan ucapan penutup Pengerusi YPU.
Rata-rata yang hadir merupakan teman dan keluarga dekat ahli-ahli KAMY sendiri dan anggota-anggota YPU. Pertama kali anak-anak muda KAMY ini menunjukkan bakat mereka dari sekecil cenderahati ke deklamasi sebuah puisi. Suatu yang sangat memberangsangkan apabila diumumkan sejumlah RM5,250.00 telah dapat dikumpul pada malam tersebut, juga merupakan malam ulangtahun pertama KAMY..Alhamdulillah.

Monolog Si Ameer

Namaku Ameer berusia 11 tahun
lahir dan membesar di Kuala Lumpur
aku berdiri di tengah-tengah badai globalisasi
dunia tanpa sempadan dan pasca moden
alaf baru
zaman baru
yang berlainan dari zaman kamu
mereka di zaman sputnik
dan aku zaman digital serba unik

Aku berdiri di sini
di tengah-tengah putaran dan lingkaran
di simpang-prenang
dan besarnya gelombang
menyerang seluruh minda saraf dan benang urat firasat

Apakah orang tuaku
Emak, Mak Chor, Pak Ngah, Mak Yah dan lain-lain
Apakah Pakcik Anuar dan rakan-rakannya
Memahami dan menyelami
Pada dasar: rasa, emosi dan minda
Bagaimana zaman dewasa saya?
Apakah saya punya citra?
sehebat anda semua.

Bantulah saya
untuk meniti hari muka
namun mengertilah
zaman saya lain,
zaman saya berbeza
untuk itu pandulah kami
untuk berkreatif
carikan
tunjukkan
saluran dan wahana
yang tepat untuk zaman kami
yang sesuai untuk zaman kami


M.Anuar Tahir
Mei 2008

Ilir-Ilir

Pengaruh lagu Ilir-ilir yang berasal dari syair Sunan Kalijogo, salah seorang dari Wali Sembilan di Tanah Jawa amat kuat kepada anak-anak muda yang kini sering berkumpul di Nombor 10, The Right Angle, Seksyen 14, Petaling Jaya.
Lagu puisi ini amat diminati oleh Pengerusi YPU yang pernah bersama-sama sepentas dengan penyanyinya, penyair terkenal Indonesia, Emha Ainun Najib dalam konsert untuk mangsa gempa bumi di Bantul, Jawa Tengah.

Lagu ini menjadi lagu tema bagi Temu Pemuda Serantau-1 di Kaliurang, Jogjakarta pada 2-7 Jun 2007. Lagu yang pertama kali didengar di Lapangan Terbang Solo itu sentiasa menggamit memori dan mengingatkan pesan da’wah kepada kami anak-anak muda ini.
Liriknya:
Ilir-ilir tandure wis sumilir
Tak ijo royo-royo tak sengguh temanten anyar
Bocah angon penekno blimbing kuwi
Lunyu-lunyu penekno kanggo masuh dodotiro
Dodotiro kumitir bedhah ing pinggir
Dondomono jlumatono kanggo sebo mengko sore
Mumpung padhang rembulane mumpung jambar kalangane

Terjemahannya:

Ilir-ilir tanaman sudah bersemi
Tampak menghijau ibarat pengantin baru
Wahai penggembala panjatlah belimbing itu
Meski licin panjatlah untuk mencuci kain
Kain yang robek pinggirnya
Jahitlah dan tampallah untuk menghadap sore
Semasa bulan terang dan lebar tempatnya

Lagu Ilir-ilir memberi rasa optimis kepada seseorang yang sedang melakukan amal kebajikan justeru amal itu berguna untuk bekal di hari akhir.

Lawatan Anak-anak Muda Thailand ke YPU

| Saturday, April 12, 2008 | 3 comments |













Pada suatu Sabtu, 12 April 2008 lalu,dijadikan cerita, saudara Mansour Salleh, mantan presiden Young Muslim Association of Thailand (YMAT), telah membawa sekumpulan anak-anak muda Thailand dari Pattani, Yala dan Songkhla berusia lingkungan 11-15 tahun bagi melawat Yayasan Pembangunan Ummah dan bertemu secara santai dengan ahli-ahli KAMY. Oleh kerana jadual ahli-ahli KAMY yang hampir 98% nye pelajar yang ketat dengan peperiksaan, hanya ahli-ahli terdekat sahaja dipanggil hadir program tidak rasmi kali ini.
Anak-anak muda melayu yang datang melawat ini, majoritinya bersekolah di sekolah agama di Thailand namun mereka telah diterapkan dengan penulisan dan pertuturan seharian dalam bahasa Thailand. Rata-rata mereka memahami dan boleh bertutur bahasa melayu asas. Yang paling unik, penulisan bahasa melayu di sana masih menggunakan dan mengekalkan tulisan jawi yang sudah berapa peratus pupus di negara kita ini. Oleh itu lawatan selama dua minggu mereka di sini bertujuan membuka minda dan mata anak-anak ini bahawa bahasa dan dunia melayu itu boleh maju, ianya bukan suatu kaum dan bahasa yang mundur lagi.

Sewaktu pagi di YPU, kami ahli-ahli KAMY dan adik-adik muda ini saling berkenal-kenalan, berkomunikasi dalam bahasa melayu dan bertukar mengajar bahasa rasmi negara masing-masing. Mereka yang kecil cili padi ni sungguh-sungguh mengajar bahasa asas siam walaupun sebutan kami tentunya bercelaru dan jauh tak merdu. paling seronok, peluang bertukar-tukar pantun melayu dan pantun siam dengan mereka. Kebanyakan kami yang KAMY ini mengajar pantun wajib iaitu:
  • buah cempedak di luar pagar,
  • ambil galah tolong jolokkan,
  • saya budak baru belajar,
  • kalau salah tolong tunjukkan.
  • kalau ada jarum yang patah,
  • jangan disimpan di dalam hati,
  • kalau ada silap dan salah,
  • jangan di simpan di dalam hati.
  • kalau ada sumur di ladang,
  • boleh saya menumpang mandi,
  • kalau ada umur yang panjang,
  • bolehlah kita berjumpa lagi
Adik-adik yang cilik itu juga tidak kalah dengan pepatah dan pantun siam mereka yang berbunyi:
  • Tham di dai di,
  • Tham shuah dai shuah (buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat)
  • Pu yan kin ha ngai,
  • Pu yan thai ha yak. (kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah sekali)
  • Khan Ti Jag tham hai shi wit mi kuam suk.
  • Ngai nit diao
  • Man yu nai thua than
  • Lek wit thi
  • Kheng khuam khit khong tan ing.
  • (jikalau kita berusaha, hidup akan bahagia, hati akan senang, dan senantiasa mendapat ilham kehidupan)
Selepas program memanaskan badan pagi hingga tengahari itu, kami-kami ini pula singgah melawat ke Pesta Buku di PWTC di sebelah petangnya.
Semoga program hari Sabtu ini dapat manfaatnya kepada kedua belah pihak dan moga-moga adik-adik ini akan terus mencuba, selesa dan yakin dengan bahasa melayu, bahasa tokneknyang kita dari dulu-dulu.amin!!

Sarasehan KAMY siri ke-2 "Generasi Muda & Kesukarelaan"

| Friday, March 21, 2008 | 4 comments |







Pada sabtu, 15hb Mac yang lalu. Sarasehan KAMY siri yang kedua telah selamat dijayakan oleh saudara Muhammad Shahrul Azilan, seorang aktivis yang berpengalaman luas dalam bidang kesukarelaan di merata pelosok termasuklah Kyrghyzstan, Pakistan dan Afghanistan. Pada kemuncaknya beliau telah dianugerahkan Anugerah Belia Negara dalam kategori kesukarelaan oleh Kementerian Belia & Sukan.


"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian. kecuali mereka yang beriman lagi mengerjakan kebajikan dan saling berpesan untuk melakukankebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran"

Definisi Sukarelawan:

"Seorang insan yang membuat kerja secara suka dan ela, tanpa mengharapkan sebarang imbuhanluarbiasa, kalau mendapat imbuhan pun selalunya dibawah market price dan lebih berbentuk saguhati. Dia membuat kerjaitu bukan kerana terpaksa atau tiada pilihan lain tetapi dia yang memilih untuk melaksanakan kerja tersebut"

Polemik Mahasiswa & Kesukarelaan:

  • Boleh jadi karier ke?
  • Ada masa depan tak?
  • Tak boleh buat duit
  • Terpaksa berjauhan dengan famili
  • Buat penat je, orang lain dapat nama
  • Tak minat bantu orang
  • Takut challenge
  • Bahaya
Lawak Humanitarian
  • Elak jadi statistik (pergi sebagai sukarelwan untuk membantu orang, elakkan dari diri jadi mangsa korban & tercarta dalam statistik mangsa)
  • Pergi ekonomi, balik kargo (jangan dihantar pulang sebagai jenazah melalui kargo)
  • Jangan minta tambah gula (gula sangat susah didapati, jangan pula di rumah mereka yang serba kekurangan di kawasan bencana ini, kita minta tambah gula untuk air yang kurang manis disebabkan tabiat orang Malaysia yang suka minum minuman manis!)
  • Tengok kaki (untuk memberi bantuan di Afghanistan& Paksitan, semua wanitanya berburkha, bertutup seluruhnya, oleh itu untuk memastikan mereka tidak mendapat bantuan lebih dari sepatutnya, kita hanya dapat camkan kaki mereka. Melalui kasut & kaki, kita dapat cam wanita itu muda, remaja atau sudah tua)

Persediaan sukarelawan:
1) Diri sendiri (jasmani, emosi, rohani, intelek, ringgit)
-adakah bersedia?
-tau apa yang dibuat?
-apa had pengorbanan?
-paling teruk situasi bagaimana yang sanggop dihadapi?
-berapa lama perlu masa untuk kesukarelaan ini?
-nak jadi full time? part time? some time? all time?

(kisah : Corrie Rachel- menggadai nyawa untuk Palestine, walaupun dia bukan seorang Muslim)

2) Isu-isu
kemanusiaan, kebersihan, micro ekonomi, pendidikan, kanak-kanak, pertanian, haiwan, air&saliran, kesihatan, vokasional, pelarian
3) Geografi
memahami mukabumi, bahasa, makanan, adat resam, konflik bangsa, fahaman politik, amalan agama, sejarah

4) Belanjawan
kena tahu bajet program, pandai agak perbelanjaan, buat anggaran, kene ada kos kecemasan, simpan semua resit, buat semua catatan, buat akaun untung rugi, tahu kaedah pindahan wang, tahu kadar tukaran matawang, buat survey.

5) Lojistik
passport, visa, tiket, namecard, peta, list alamat& no telefon, telefon& line telefon, kamera, memory card & tripod, laptop& internet access, bendera, banner, cenderahempedu.

6) Pakaian
seluar kargo, baju korporat, seluar slack, baju hujan, vest, bajus ejuk, long jack, stokin, kasut, pakain dalam, sapu tangan, tali leher, mafla, balaciava, turtle neck, pakaian solat-telekung, kain pelekat.

7) United Nation
  • Penubuhan
  • Agansi-agensi UN
  • Protokol
  • ICESR
  • ICCPR
  • Geneva Convention
  • Warsaw Convention
  • Mandate
8) International Bodies
  • International red Cross Society
  • AMNESTY international
  • ASEAN
  • EU
  • NAM
  • G15
  • G7
  • OIC

9) Program

short term, long term, season, one time, local/international, gender, education, water&sanitation, environment, poverty, target group, target area, avoid redundency/ copy, location.

10) Sekuriti

diri sendiri, rakan sekerja, kenderaan, pejabat, projek, agihan bantuan, dana, pencemaran/keracunan, jaket kalis peluru, jerangkap samar, penculikan, tembak-menembak, tsunami.

11) Arkib

report, resit, keratan akhbar, sambar, surat-menyurat, filing, petugas, buku pelawat.


12) Hebahan

joint venture, blog, website, e-group, iklan, rencana, wawancara, ceramah/seminar


20 VITAMIN C untuk HUMANITARIAN

(10 C untuk dibuat)

1) CERGAS

2) CEPAT

3) CEKAP

4) CANGGIH

5) CANTIK

6) CEMERLANG

7) CONTOH

8) CERIA

9) CERDIK

10) CERMAT

(10 C jangan dibuat)

1) Cerewet

2) Chikadak

3) Caci

4) Comot

5) Cuak

6) Canggah

7) Cuai

8) Curiga

9) Chengelat

10) Cincai

How Purposelessness Affects the Society by Harun Yahya

| Monday, February 25, 2008 | 0 comments |
In our day, people seriously lack a purpose in life. Almost everyone adopts a standard way of living. To feed one's self, to find a house in which to reside, to set up a family, and to have a job are the praised values to which one mostly aspires. In this standard way of living, the most important goal in life is to find ways to make a better living and to raise children.
For a better understanding of the purposelessness and meaninglessness permeating the lives of our society, it will be useful to look at other areas of interest apart from the aforementioned. The majority of people have a rather limited outlook. Often, not missing a TV series or watching a popular movie is what gives their daily life a meaning. For such people, a better goal in life, if any, might be to belong to a social club.
Another group of people's minds are totally preoccupied with business. All through their lives, they commute between office and home. A person starting his career in his early 20s does the same job for almost 40 years. Meanwhile, he often finds himself waiting for Fridays. His main ambitions amount to closing the tax month without problems, managing to find the rent every month, and to securing his children's future. Hardly any national or world events excite him. Only that which affects his business makes any sense to him. Never pondering over events, he readily accepts the status quo. He feels concerned only when issues challenge his business. To voice his concerns, he participates in discussion programmes on TV or talks until the early hours of the morning, arriving at no substantial solution or conclusion. The next day, he starts a new day the same as the previous one.
Young people, too, suffer from the same purposelessness, and lack the essential factors that give life meaning. The vast majority of teenagers do not even know the leaders of their country, the political decisions they make, the impact of these decisions on national defence, the economy, or the educational and judiciary systems. Utterly oblivious of major events and developments in the world, they constantly fret over trivial and futile issues. That leaves them deprived of the skills to conceive the significance of many events of world history. Their conversations are often limited to computer games, Internet chats, dating, trivial events happening at school, cheating in exams, plans for the weekend, clothes or football games. In magazine surveys which ask teenagers to rank "the greatest goals worth pursuing in life", looking like a famous model or playing the guitar like the guitarist of a famous band come first.
Having no purpose in life and being oblivious of other realms of existence is a threat to humanity. However, over and above this, that among people who assume a particular stance in life, the majority advocate views which lack real values and are detrimental towards humanity, poses the real threat. That is because the leaders and advocates of dangerous ideas find masses to hand who are utterly bereft of faculties with which to discern danger, and who thus accept any presupposition without subjecting it to independent scrutiny.

In a verse Allah refers to the purposelessness of people thus:
Leave them to eat and enjoy themselves. Let false hope divert them. They will soon know. (Surat al-Hijr: 3)
There are surely ways for mankind to avoid such a situation: ensuring that they do not become persons who are only interested in leading their own lives and living to meet their needs. To this end, these people should be encouraged to become individuals whose target is to serve other people and deal, not merely with their own problems or of their individual countries but also, with the problems of the world. The religion Allah has chosen for people and revealed in the Qur'an shows this ultimate aim:
So, set your face firmly towards the Deen, as a pure natural believer, Allah's natural pattern on which He made mankind. There is no changing Allah's creation. That is the true Deen– but most people do not know it. (Surat ar-Rum: 30)
It is essential we tell aimless idle people that this world is created for a significant purpose. In the Qur'an, Allah informs us of His purpose in creating man: "I only created jinn and man to worship Me."(Surat adh-Dhariyat: 56)
Everyone will die one day. Then his real and eternal life will begin. The purpose of this life is to strive to be a person of whom Allah approves and whom He will host in His Garden. The conduct, ideals, and beliefs of every man will determine whether he will spend his eternal life in the hereafter in the Fire or in the Garden. For this reason, that these people mindlessly spend time on idle and worthless jobs, devoting their lives to them and behaving as if their existence on earth has no purpose, shows that these people must urgently be warned and awakened from the heedlessness in which they live.
Being aware that our purpose in the world is to earn Allah's approval, favour and the Garden, we cannot remain indifferent or insensitive to any event taking place around us. We know that every event is an opportunity to earn Allah's approval, and thus we will always act accordingly. We feel pangs of conscience whenever we witness injustice or oppression taking place in our vicinity or in the world. For instance, we feel the responsibility of each homeless boy, who lives in difficulty, and has to spend his life on the streets in the cold winter. Complying with the command of Allah in the verse, "So, as for orphans, do not oppress them, and as for beggars, do not berate them." (Surat ad-Duha: 9-10), we will treat them kindly. We will strive to find a way to save them from the unfavourable circumstances in which they live. Yet, we are aware that these children cannot be saved by our efforts or those of a few people behaving in compliance with the Qur'an. For this reason, we will strive for the values of the Qur'an and the Sunnah to be spread among all people.

(rujukan bagi sarasehan-1 KAMY januari lalu)
| Saturday, January 12, 2008 | 0 comments |



MEETING + SARASEHAN + FUTSAL KAMY
26/01/2008 (Sabtu)

Acara-1: MESYUARAT ke-7 KAMY

Tempat : YPU, Petaling Jaya

Masa : 09.00-11.00 pagi (sila punctual)

Acara-2: SARASEHAN oleh DR. MOHD. NOR NAWAWI,(CESMACS)
"GENERASI MUDA & MAKNAKEHIDUPAN"

Tempat : YPU, Petaling Jaya

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tgh

Acara-3 : FUTSAL

Tempat : Seksyen 13, Petaling Jaya(berhampiran YPU)

Masa : 2.30 - 4.30 petang(sila bawa pakaian & kasut sukan bersama)