Sarasehan 3 : Goal Setting Using Neuro-linguistic Programming (NLP)

| Wednesday, June 23, 2010 | 3 comments |


Salam kepada semua aktivis KAMY,

Selepas merancang hala tuju KAMY di Kedah, KAMY sepakat untuk meneruskan sarasehan-sarasehan dan program KAMY secara bulanan. Selain itu, projek Reader KAMY juga akan diteruskan sehingga waktu yang ditetapkan. Untuk jangka masa pendek, KAMY hanya akan membantu aktivis KAMY dalam memantapkan ilmu sebelum KAMY membantu dalam kapasiti yang lebih besar. Tetapi, semua perancangan telah dibuat. KAMY sedang dalam usahasama menjalinkan hubungan dengan MRA (Malaysian Relief Agency). Salah satu pertubuhan NGO yang dianggotai sendiri oleh aktivis YPU antaranya En. Khairil Annuar Khalid dan Cik Fauziah Tahar. Semua perkembangan akan diberitahu kelak.

Buat masa ini, kita menyambung sarasehan kita pada bulan Julai dengan satu sarasehan yang menarik dari ahli baru KAMY. Isteri beliau pernah memberi sarasehan pada aktivis KAMY pada tahun 2008 bertajuk 'Menggali dan Mengenali Potensi Diri' iaitu Dr. Azizah Othman. Kali ini, suaminya pula akan memberikan sarasehan. Pasti menarik semenarik sarasehan-sarasehan yang lepas. Butir-butir sarasehan adalah seperti di bawah :-


Tajuk : Goal Setting Using Neouro-linguistic Programming (NLP)


Tarikh : 17 Julai 2010 (Sabtu)

Masa : 10 pagi - 12 tengahari

Tempat : Yayasan Pembangunan Ummah (YPU)

Moderator : En.Muhammad Junaidi bin Buang
( Pengamal NLP, Jurulatih NLP, Hipnoterapi dan Terapi Timeline bertauliah)



Capai cita-cita anda semudah memetik suis!



Kepada semua aktivis KAMY/YPU, teruja untuk mengetahui apa yang boleh dicapai dengan menggunakan Neuro-linguistic Programming (NLP) ini? Apakah pula NLP dan bagaimana kita boleh menggunakannya untuk berjaya dalam kehidupan. Jadi, untuk mendapatkan jawapannya anda semua diajak ke sarasehan KAMY kali ini.

Dengan tajuk, Goal Setting Using Neouro-linguistic Programming (NLP), kita pelajari ilmu baru pada 17 Julai ini bersamaan sabtu kedua bulan Julai. Kosongkan masa anda pada jam 10 pagi sehingga 12 tengahari, dan hadirkan diri ke Yayasan Pembangunan Ummah (YPU), Petaling Jaya. Kali ini, kita memperkenalkan ahli KAMY En. Muhammad Junaidi bin Buang yang juga merupakan pengamal NLP, jurulatih NLP, hipnoterapi dan terapi timeline bertauliah untuk berkongsi ilmu dengan aktivis KAMY yang lain.

Jangan lepaskan peluang yang terbuka di depan mata. Hanya RM5 sebagai yuran pendaftaran. Ajak kawan-kawan dan saudara untuk sama-sama berjaya dalam kehidupan ini. Pot-luck amat digalakkan. Sila sahkan kehadiran kepada setiausaha KAMY.


Ketahui suis kejayaan anda dan aktifkan!


Jadual Reader (Jun 2010 - November 2010)

| Tuesday, June 8, 2010 | 1 comments |

Diam tak diam, Projek Reader KAMY telah berjaya dijalankan selama hampir empat (4) bulan. Kepada semua aktivis KAMY yang terlibat, tahniah dan syabas diucapkan. Berbagai pengalaman dan ilmu yang dapat diperolehi dari projek ini untuk KAMY yang baru memulakan aktiviti sosial kepada masyarakat. Pengalaman yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Hanya beberapa jam diperuntukkan sebulan bagi membantu Cikgu Iran membaca karangan pelajarnya. Beberapa foto ketika Projek Reader ini.

Fairuz & Nadiah sedang menanda karangan pelajar


Kita akan meneruskan Projek Reader ini lagi.Memandangkan jadual Reader kita hanya setakat bulan Mei sahaja, kita sambung jadualnya seperti berikut: -


Jun 2010

12/06/10 : Nadiah, Kak Ina & Joy *Cuti Sekolah

19/06/10 : Farn & Luqman *Cuti Sekolah

26/06/10 : Nazifah & Fairuz


Julai 2010

03/07/2010 : ‘Adibah & family

10/07/2010 : Nadiah, Kak Ina & Joy

17/07/2010 : Farn & Luqman

24/07/2010 : Nazifah & Fairuz

31/07/2010 : ‘ Adibah & family


Ogos 2010

07/08/2010 : Nadiah, Kak Ina & Joy

14/08/2010 : Farn & Luqman *Puasa

21/08/2010 : Nazifah & Fairuz *Puasa

28/08/2010 : ‘ Adibah & family *Puasa


September 2010

04/09/2010 : Nadiah, Kak Ina & Joy *Puasa & Cuti Sekolah

11/09/2010 : Farn & Luqman *Raya & Cuti Sekolah

18/09/2010 : Nazifah & Fairuz

25/09/2010 : ‘ Adibah & family


Oktober 2010

02/10/2010 : Nadiah, Kak Ina & Joy

09/10/2010 : Farn & Luqman

16/10/2010 : Nazifah & Fairuz

23/10/2010 : ‘ Adibah & family

30/10/2010 : Nadiah, Kak Ina & Joy


November 2010

06/11/2010 : Farn & Luqman

13/11/2010 : Nazifah & Fairuz

20/11/2010 : ‘ Adibah & family *Cuti Sekolah


Sebarang ketidakdapatan (ada ke perkataan ni? huhu.) menjadi reader pada minggu yang ditetapkan, sila beritahu reader yang lain. Kita akan berusaha memenuhi setiap minggu Cikgu Iranshah. Kita akan berbincang dengan cikgu Iran, untuk waktu-waktu seperti cuti sekolah dan semasa raya samada khidmat sosial kita diperlukan atau tidak.


Terima kasih kepada semua aktivis yang terlibat dalam projek Reader. Kepada aktivis lain yang berminat, bolehlah mengikuti sama projek ini dengan memberitahu setiausaha KAMY.