PERHATIAN

| Tuesday, June 30, 2009 | 0 comments |
ASSALAMUALAIKUM..

KEPADA SEMUA AHLI KAMY & YPU,

FAMILY DAY KAMY-YPU TERPAKSA DITUNDA KE TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN. INI KERANA ADA SEDIKIT MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. TARIKH FAMILY DAY AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN. HARAP MAAF.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KAMY KALI KEDUA PULA AKAN DIADAKAN PADA 18 JULY 2009. BUTIRAN LANJUT AKAN DIEMAIL KEMUDIAN.

SILA AMBIL PERHATIAN. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI 'ADIBAH.
TERIMA KASIH

S/U KAMY,
'ADIBAH NOR AZLIN
012-6741670

| Monday, June 8, 2009 | 0 comments |
Kecintaan pada Allah itu terwujud pada seorang hamba yang meninggalkan hawa nafsu, ia berhubung dengan berdzikir pada Tuhannya, ia menunaikan hak-hak Tuhannya, ia memandang Allah dengan hatinya. Apabia berbicara maka ia berbicara dengan Allah. Apabila bergerak ia bergerak kerana perintah Allah. Apabila diam, maka ia diam bersama Allah. Jadi, dia dengan Allah, untuk Allah dan bersama Allah.

kengkwn.. rabu neh ade meeting.. rabu mlm eh! kt ypu.. spe nk join meh r.. hehe.. hidup kamy!!

Hari Keluarga KAMY - YPU

| Sunday, June 7, 2009 | 1 comments |
Assalamualaikum...

Untuk makluman, Ahli-ahli Jawatankuasa Kumpulan Aktivis Muda YPU (KAMY) telah mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan tentang aktiviti serta program KAMY bagi tahun ini.
Sehubungan dengan itu, KAMY akan menganjurkan satu Hari Keluarga YPU – KAMY pada tarikh dan waktu berikut:

  • Tarikh / Hari: 4 Julai 2009 / Sabtu
  • Masa: 8:00 pagi – 2:00 petang
  • Tempat: Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam(Bukit Cerakah)


Hari Keluarga YPU – KAMY ini diadakan dalam usaha memperatkan lagi hubungan silaturrahim sesama aktivis dan penggerak YPU / KAMY.
Ia juga dapat memberi pengalaman bermakna kepada para penggerak KAMY demi memastikan kesinambungan usaha-usaha murni YPU diteruskan.

Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan KAMY agar saudara/saudari dapat sama-sama menyertai program Hari Keluarga ini sebagai menyatakan sokongan kepada inisiatif murni anak-anak KAMY.

Maklumat lanjut program akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah saudara/saudari menghubungi Setiausaha KAMY, `Adibah Nor Azlin @ 012 674 1670.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan saudara/saudari.

Wassalam.


IEZZAT KHALIS MOHD. NOR
Ketua
Kumpulan Aktivis Muda YPU

s.k. Hj. Mohd. Anuar Tahir
Pengerusi Yayasan Pembangunan Ummah