Lawatan KAMY ke Pusat Jagaan Nur Hasanah (28 Mac 2009)

| Saturday, March 28, 2009 | |









Pada sebuah pagi Sabtu yang normal, barisan ahli KAMY berkumpul lagi di YPU menikmati sarapan sebelum bergerak melawat Pusat Jagaan Nur Hasanah di Beranang.

Kumpulan kami berkonvoi lima buah kereta dan pitstop terakhir di Petronas Semenyih kami bertemu Luqman dan akhirnya tiba di sebuah kawasan kampung yang tenang dengan deretan pohon-pohon getah tersusun rapi menyambut kedatangan.

Pusat Jagaan Nur Hasanah, sebuah rumah setingkat memanjang yang sederhana mempunyai 10-11 orang penghuni lelaki ini telah ditubuhkan sejak tahun 2006 menyediakan penempatan sementara bagi pesakit-pesakit yang terdampar tanpa waris, muallaf, warga emas atau orang kurang upaya.

Tambah kagum apabila kami-kami diberitahu bahawa sang penyelia tempat ini, Encik Nizam baru berusia 23 tahun. Pada usia ini beliau sudah memilih jalan kebajikan, mendampingi dan melayani kerenah penghuni-penghuni berusia emas. Khidmat yang hebat.

Penghuni di sini ketara perlukan lebih perhatian. Ditinggalkan waris atau waris yang sukar menyara mereka, mana-mana kenyataan pun tetap mengguris perasaan. Hidup yang hari-hari ini perlu diteruskan.

Kami tinggalkan Pusat Jagaan Nur Hasanah ini dengan sebuah bakul buah-buahan dan saguhati kecil-kecilan.Namun dalam hati, ini bukan yang terakhir, kami akan datang lagi..

2 comments:

Anonymous Says:
March 31, 2009 at 6:34 PM

Kak Long,

Terima kasih atas maklumat & update ttg aktiviti KAMY.

Semua AJK & Ahli KAMY, marilah kita fikirkan suatu yang boleh kita sumbangkan untuk Pusat Jagaan Nur Hasanah ini.

Haslina

Haizir Says:
April 2, 2009 at 3:42 AM

Syabas, KAMY!