Sarasehan bersama Dr Azizah Othman

| Friday, December 5, 2008 | 3 comments |




Sarasehan KAMY
"Menggali & Mengenali Personaliti Diri"


Moderator: Dr Azizah Othman (Pakar Psikologi Klinikal)
Tempat: YPU
Waktu: 11.00pg- 3.00ptg
Tarikh: 25 Disember 2008 (Khamis pagi, bukan sambutan Krismas, harap maklum, tapi seperti biasa ada makan2-potluck)
Kehadiran: Semua AJK wajib hadir sebagai suatu
training menjana diri 'sehabis baik' bak kata ketua.koosmangat!

Alhamdulillah sarasehan berjalan lancar..Dr Azizah Othman seorang penyampai yang bijaksana.Latihan mengenali personaliti yang lebih berbentuk 'fun games' sangat mengesankan. Antaranya mengenalpasti personaliti rakan-rakan melalui 5Cs-Colour, Cuisine, Country,Closet Dream,Constraint...(agak ketara kita semua cepat kenal personaliti kawan-kawan sebenarnya kan?)

Menarik bila memberi nickname masing2 seperti:-

No-nonsense Nuar,
Amazing Azizah,
Honest Haslina,
Intuitive Iezzat,
Lovely Lina,
Adorable 'Adiba,
Rational Farhan,
Macam2 Mujahedd,
Noisy Nisah,
Mysterious Miera,
Flexible Fairuz,
Azam Azizi,
Angan Amir,
Active Ameer,
Matematik Muhammad,
Friendly Fadzlin,
Nimble Nazifah,
Hidden Himady,
Responsible Norzam,
Serious Shida,
Aku Ammar,
Coolness Chop.
Natural Nadiah
Kaklong Aishah


Ada juga sesi memilih bentuk2 kepingan kertas pelbagai warna dan menempatkan kepingan kertas2 membolehkan kami-kami membaca personaliti sendiri dan persamaan personaliti dengan rakan lain.

Papan pamer di YPU juga penuh dengan janji2 warna-warni komited ahli-ahli yang hadir dengan apa yang boleh disumbang buat KAMY bercantum gambar personal masing2.

Akhir kata, terima kasih Dr. Azizah dengan sarasehan yang bermakna, terima kasih Cik Jamaliah dengan
steamboat yang ultimate (kalah Johnny's), terima kasih Cik Leha dengan dessert buah favourite (Hidden Himady tambah 3 kali), terima kasih Adorable 'Adiba dengan muffin enak, terima kasih kak Lovely Lina dgn apam yg maintain lazat, terima kasih kawan2 untuk tajaan kek Chocolate Indulgence by Secret Recipe-hadiah Ulangtahun ke-56 No-Nonsense Nuar, terima kasih kak Honest Haslina for being there always dan terima kasih rakan-rakan KAMY kerana berterus-menerus..Jumpa lagi sarasehan selepas ni!-;)

Jumpa lagi di sesi Sarasehan seterusnya!;)

Singapura Bah. 2: Melihat Melayu (Catatan Haizir Othman)

| Monday, December 1, 2008 | 1 comments |
Pak Djamal membawa kami ke van yang akan mengangkut kami ke mana-mana sepanjang dua hari ini. Van sekecil itu rupa-rupanya mampu memuatkan kami yang seramai 20 orang selain pemandu dan Pak Djamal sendiri. Sebaik masuk ke dalam van, Pak Djamal terus “menjalankan tugasnya” memberi penerangan sedikit-sebanyak kepada kami tentang tempat-tempat yang akan kami lawati secara khasnya dan Singapura sendiri secara amnya. Tempat pertama yang akan kami lawati ialah bangunan Pertubuhan Jam’iyyah Islam Singapura di Geylang. Sebagai budayawan, Pak Djamal juga mengarifi sejarah dan beliau memberitahu kami bahawa nama Geylang itu berasal dari nama satu tempat di Indonesia dan lagu yang popular, “Geylang Si Paku Geylang” itu sebenarnya asalnya merujuk kepada Geylang di Indonesia dan bukan di Singapura. Geylang juga menurut Pak Djamal adalah nama sebuah pokok kayu.

Dalam perjalanan itu, kami melepasi roda ferris terbesar (aku tidak ingat sama ada ianya terbesar di dunia, di Asia atau di mana) yang menjadi antara tarikan paling utama pelancong ke Singapura. Ia sangat agam, jauh lebih besar daripada Eyes On Malaysia yang kini diletakkan di Melaka. Menaikinya agaknya membolehkan kita melihat sebahagian besar Singapura. Tetapi roda besar itu hanya mampu menjadi pencuci mata kami kerana menurut Pak Djamal, untuk menaikinya kamu perlu mendaftar sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal kerana roda itu direbut-rebut orang dari seluruh dunia.


Selepas beberapa ketika, van yang kami naiki menyusur Lorong 12, Geylang dan berhenti di hadapan bangunan bernombor 31. Kami telah tiba di Jam’iyyah. Kedatangan kami telah pun ditunggu dan disambut ahli-ahli Jam’iyyah lelaki dan perempuan di depan pintu masuk ke bangunan mereka. Di dalam dewan, kami dibawa duduk dan disambut dengan pantun oleh pengerusi majlisnya. Seterusnya, bangunan setinggi tujuh tingkat itu kami “jelajahi” setingkat demi setingkat untuk melihat kegiatan yang dijalankan badan dakwah ini. Bangunan Jam’iyyah punya ruang solat yang boleh didirikan solat Jumaat di dalamnya, kelas-kelas Tadika tempat anak kecil dijaga dan dididik, ruang kedai ala koperasi, bilik kaunseling dengan kaunselor bertauliah dan berpengalaman, malah klinik perubatan lengkap dengan kelengkapan dan ubat-ubatan. Melihat semua ini, aku menjadi kagum dengan kehebatan pendukungnya, terutama Presidennya kini, Haji Abu Bakar Maidin yang kukira sedang memanjat usia 70-an.





Dakwah di Singapura fikirku tidak sekompleks di Malaysia. Di Malaysia, jika kamu terlibat dengan gerakan dakwah, kamu akan segera dilabel dengan pelbagai gelar terutama pro parti politik tertentu. Tetapi ini tidak berlaku di Singapura kerana negara itu dikuasai oleh satu parti tunggal yang cukup dominan dan sukar digugat, maka politiking di sana hampir tiada dan mereka boleh menumpukan kepada usaha membangunkan negara. Ya, barang pasti ada pro dan kontra keadaan sebegini. Kontranya ialah seperti ada dakwaan bahawa penduduk Singapura penakut untuk mengeluarkan pendapat bertentangan dengan dasar kerajaan kerana undang-undang yang terlalu ketat. Ya, kerajaannya terlalu kuat, hampir tiada suara pembangkang sebagai pengimbang atau check and balance.

Dari sana, kami ke Muzium Warisan Melayu di Kampung Gelam. Ianya adalah Istana Kampung Gelam yang telah dijadikan muzium. Ah, betapa ironis! Institusi terunggul bangsaku kini hanya layak dipapar untuk tontonan orang. Di sini, terlalu banyak khazanah ilmu yang dapat kami kutip selain terlalu banyak kami mengambil gambar. Aku paling seronok dapat melihat gambar barisan pengasas Angkatan Sasterawan 1950 (ASAS 50) di satu sudut. Di sini juga aku mengetahui bahawa Stamford Raffles, Gabenor Jeneral pertama Negeri-negeri Selat boleh berbahasa Melayu, menulis Jawi malah menulis syair!









Seterusnya, kami ke Masjid Sultan yang terletak tidak jauh dari situ untuk menunaikan solat jama’ Zuhur dan Asar. Tetapi sebelum itu kami dihidangkan dengan pembentangan dari jawatankuasa masjid tentang perjalanan aktiviti-aktiviti mereka. Mereka ternyata lari dari gaya konvensional dalam mengajak orang terutama golongan muda datang ke masjid. Namakan sahaja aktiviti berbasikal, sembang-sembang, pertandingan nyanyian, semuanya sudah mereka lakukan. Tidak hairan, mereka punya pekerja sepenuh masa bergaji untuk melakukan itu semua. Namun, itu tidak menghalang rasa kagum kami terhadap keunikan dan komitmen mereka terhadap usaha dakwah.

Setelah satu hari yang sibuk, malam itu kami ke Lapangan Terbang Changi untuk makan malam.

Singapura Bah. 3: Bersajak di Muhammadiyah