HARI KELUARGA MERANGKAP JAMUAN RAYA KAMY-YPU

| Wednesday, September 30, 2009 | 0 comments |
(kemaskini)

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, Hari Keluarga KAMY-YPU akan diadakan untuk juga bertujuan merapatkan lagi sillaturrahim antara KAMYans dan aktivis YPU. Acara julung-julung kali diadakan ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua peserta. Selain itu, ia juga dapat menyihatkan badan kerana badan yang sihat, akan membawa kepada otak yang cerdas. Ini kerana kita akan mengadakan aktiviti berbentuk ‘Explorace’. Digalakan memakai pakaian sukan yang sesuai kerana kita akan meng’explore’ hampir ke semua tempat di dalam Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam seperti Taman Haiwan, Taman Empat Musim, Sawah Padi, dan lain-lain lokasi lagi. Untuk sarapan pagi, mohon jasa baik semua peserta membawa sarapan (pot-luck). Pihak KAMY juga akan menyediakan sarapan.

Jadi, sila daftar diri anda untuk merasai keseronokannya. Berikut merupakan aturcara program yang akan berlangsung :-

Tarikh : 17th Oktober 2009 (Bersamaan 28 Syawal dan Cuti Deepavali).
Masa : 8.30 pagi – 2.00 petang.
Tempat : Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam. Seksyen 8
Pakaian : Pakaian riadah yang sesuai. Kita akan menetapkan warna pakaian mengikut kumpulan.
Yuran : RM15 seorang (termasuk sewa tempat, tiket masuk, makan tengahari dan lain-lain)

Aturcara program seperti di bawah :-
8.15am- 8.30am - Pendaftaran peserta di Bukit Cahaya Seri Alam. (Sila ‘google’ peta untuk ke sana)
8.30am – 9.00am - Makan sarapan yang di bawa oleh semua peserta.
9.00am – 12.30pm - Acara pencarian harta karun bermula
12.30pm – 1.00pm - Pemberian Hadiah dan ucapan Pengerusi YPU dan Ketua KAMY
1.00pm – 2.00pm - Makan tengahari
2.00pm - Bersurai.

Nama peserta yang ingin turut serta amat diperlukan kerana kita akan ‘memecahkan’ setiap keluarga di dalam kumpulan yang berlainan supaya semua keluarga dapat mengenali keluarga yang lain.

Berikut merupakan senarai peserta yang akan menghadirkan diri. Semua kerjasama untuk memberi nama selewat-lewatnya minggu hadapan (7TH Oktober 2009-Rabu) amat digalakkan. Bukan sahaja menyenangkan pembahagian kumpulan, tetapi juga untuk pembelian tiket dan penyediaan makanan tengahari. Berikut merupakan peserta yang telah mengesahkan kehadiran.

Bil Nama Umur Kumpulan
1. Farhan Anuar
2. ‘Adibah Nor Azlin
3. Nazifah Anuar
4. Nadiah Zainal
5. En. Hj Anuar Tahir
6. Ahmad Amar Nor Azlin
7. Ahmad Ameer Nor Azlin
8. Ahmad Azizi Nor Azlin
9. Arifah Nor Azlin
10. Anisah Nor Azlin
11. Pn. Siti Zaleha
12. Aishah Zainal
13. Aminah Zainal
14. Haslina Othman
15. Muhammad Yahaya
16. Luqmanulhakim bin Onn
17. Cik Jamaliah
18.
19.
20.


Jadi, kepada KAMYans yang lain dan akitivis YPU, sila sahkan kehadiran anda dengan segera. Semua jasa dan kerjasama dari pihak anda, amat-amat dihargai dan diiringi jutaan terima kasih.

Salam.

AKTIVITI-AKTIVITI KAMY

| Sunday, September 13, 2009 | 1 comments |

Pada 11 September 2009 yang lepas, beberapa AJK telah berbuka puasa bersama Pengerusi YPU, En. Anuar Tahir. Antara ahli yang turut serta ialah, ‘Adibah, Amirah, Lokman, Kak Lina, Kak Aishan dan Nadiah. Program yang diadakan pada minit-minit terakhir itu, tidak memungkinkan KAMY-ans yang ramai untuk turut serta. Maaf. Lain kali kita buat lagi ya. Selepas berbuka di A&W, satu mesyuarat tak rasmi telah diadakan di YPU bagi membincangkan program-program KAMY yang akan datang. Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, program Family Day KAMY-YPU merupakan salah satu program tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Jadi, KAMY berhasrat untuk meneruskan program ini. KAMY juga berhasrat untuk mencantumkan program ini menjadi sambutan Hari Raya juga memandangkan tarikh yang dicadangkan, masih di dalam bulan Syawal. Kata orang sambil menyelam minum air. Jimat masa, tenaga dan yang pasti kos. Hehe. Setelah mendapat persetujuan dari Ketua KAMY, Farhan, maka kita akan meneruskan program ini. Berikut merupakan aturcara program secara kasar yang akan berlangsung. Selepas ini, kita akan upload program penuh. Sabarrr..

Tempat : Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam (dahulu dikenali sebagai Bukit Cerakah)

Tarikh : 17th October 2009 (Ahad, bersamaan cuti Deepavali)

Masa : 8.30 pagi – 2.00 petang.

p/s: Sila ‘mark’ planner anda pada tarikh ini. Anda telah di’booking’. Hehe.

Program kedua KAMY merupakan lawatan sambil belajar erti hidup di Satun, Selatan Thailand. Juga akan menyusul program penuh nanti. Tarikh awal yang dicadangkan adalah pada 20hb – 23hb November 2009. Kemungkinan akan bertolak dari Selangor ke Perlis pada hari Jumaat menaiki kapal terbang dan pulang pada hari Isnin. Hari Jumaat, kita akan bermalam di Perlis, dan Sabtu kita akan bergerak ke Satun. Di sana, aktiviti akan diadakan oleh penduduk tempatan (seperti lawatan-lawatan KAMY sebelum ini). Kita akan pulang ke Selangor pada hari Isnin.Budget secara kasarnya sekitar RM200++ termasuk tambang kapal terbang sekiranya di’booking’ awal. Jadi, kami memerlukan nama ahli KAMY yang ingin turut serta secepat mungkin. Terhad kepada 20 – 25 orang ahli sahaja.

Jadi, KAMY mengharapkan kerjasama dan sokongan dari semua KAMYans untuk bersama-sama menjayakan program di atas. Kerjasama saudara-saudari amat diharapkan dan didahului jutaan terima kasih. Formal gila. hehe. Ah, pendek kata, korang kena join program-program ni.

Salam.=)

RAMADHAN YANG SEMAKIN BERLALU.

| Thursday, September 10, 2009 | 0 comments |
Diam tak diam seluruh umat Islam telah berpuasa selama 21 hari. Ha, ada yang berpuasa yang yong tak? Mesti tiada bukan? Harapan KAMY, semoga semua berjaya meningkatkan amalan dan istiqamah dalam meneruskan kebaikan walaupun selepas Ramadhan. Terkadang terfikir, akan bertemu lagikah Ramadhan tahun hadapan? Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk mengejar segala ganjaran yang dijanjikan ALLAH S.W.T kepada umatNya yang dikasihi.

Rasulullah S.A.W berpesan ;
"Permulaannya adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan penutupnya terlepas dari azab kubur".

Sebelum berlabuhnya tirai Ramadhan, marilah kita semua berlumba-lumba memperbanyakkan amalan untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan di akhirat kelak. Bersama-sama semua ahli KAMY, marilah kita berdoa semoga kita, ibu bapa kita, keluarga kita, sahabat kita, jiran tetangga, guru-guru, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat terlepas dari azab api neraka walau sesaat. Aminnn.

Salam.