TENTATIF PROGRAM DI KEDAH

| Tuesday, April 27, 2010 | 1 comments |
Salam semua aktivis KAMY,

Sudah tidak sabar menanti program terbaru KAMY di Kedah? Berikut merupakan tentatif penuh program Dialog Hala Tuju KAMY di Kedah Jun ini untuk makluman semua. Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.



Lapangkan masa anda untuk memeriahkan program ini. Diminta sahkan kehadiran untuk memudahkan urusan tempat tinggal, pengangkutan dan makanan di sana nanti.

Terima kasih.

DIALOG HALA TUJU KAMY

| Friday, April 23, 2010 | 0 comments |
Salam kepada semua aktivis KAMY. Semoga berada di bawah rahmat dan lindungan-Nya.

Ketua dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kumpulan Aktivis YPU (KAMY) sesi 2009/2010 dengan sukacita serta berbesar hati mengundang semua aktivis KAMY berpatisipasi dalam program DIALOG HALA TUJU KAMY yang akan diadakan pada 5 Jun 2010 (Sabtu) - 6 Jun 2010 (Ahad) bertempat di Alor Setar, Kedah.

Berikut merupakan tentatif program sepanjang di sana :-

4 Jun 2010 (Jumaat)
8.30 malam - Menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Alor Setar Kedah


5 Jun 2010 (Sabtu)
8.00 pagi - 8.30 pagi : Sarapan
8.30 pagi - 12.00 tengahari : Sesi I
12.00 tengahari - 2.00 petang : Makan tengahari dan solat zuhur
2.00 petang - 5.00 petang : Sesi II
5.00 petang - 8.00 malam : Riadah dan Solat
8.00 malam - 9.00 malam : Makan malam
9.00 malam - 12.00 malam : Sesi III


6 Jun 2010 (Ahad)
8.oo pagi - 8.30 pagi : Sarapan
8.30 pagi - 11.30 pagi : Sesi IV - Silaturahim bersama para pelatih GEMS
11.00 pagi - 5.00 petang : Lawatan
5.00 petang : Persiapan pulang
8.30 malam : Menaiki bas dari Alor Setar ke Kuala Lumpur

Peserta akan bertolak pada hari Jumaat (4 Jun 2010) dari Kuala Lumpur ke Alor Setar dengan menaiki bas.

Selesai program, peserta akan bertolak pulang dari Alor Setar ke Kuala Lumpur pada malam 6 Jun 2010 (ahad) juga dengan menaiki bas.

Hanya tambang bas sahaja yang ditanggung oleh peserta iaitu sebanyak kurang dari RM100. Penginapan dan pengangkutan ketika di Alor Setar akan ditanggung oleh Pengerusi YPU, Encik Anuar Tahir.

Mohon sahkan kehadiran melalui e-mel ke nadiah3005@yahoo.com atau hubungi setiausaha KAMY di 012-2411085, sebelum atau pada Jumaat, 7 Mei 2010. Sebarang pertanyaan mengenai program di atas juga boleh diajukan ke no di atas.

Wacana bersama Cik Anuar

| Monday, March 29, 2010 | 3 comments |
Salam Aktivis KAMY

Yayasan Pembangunan Ummah (YPU) dengan berbesar hati mengundang saudara / saudari ke Wacana YPU pada tarikh dan masa berikut:

Tarikh / Hari:
10 April 2010 / Sabtu

Masa:
10:00 pagi - 12:00 tengahari

Tempat:
Pejabat Yayasan Pembangunan Ummah
Petaling Jaya

Tajuk:
"Ada Apa Dengan keADILan?"

Penceramah:
Tuan Hj. Mohd. Anuar Tahir
Pengerusi Yayasan Pembangunan Ummah

Mohon kerjasama saudara / saudari mengesahkan kehadiran dengan menghantar mesej ke Haslina - 0192287410 atau respons melalui emel ke khasly@yahoo.com.



Atau, sahkan kehadiran anda dengan menghubungi saya - Nadiah Zainal, Setiausaha KAMY di 012 241 1085.


Jemputan khas untuk aktivis YPU & KAMY sahaja. Kehadiran saudara / saudari amat dialu-alukan.

Terima kasih. Wassalam.


WACANA 02/2010 : Puisi : " EKSPRESI & APRESIASI "

| Monday, March 22, 2010 | 0 comments |
Salam semua aktivis KAMY,

Mari memeriahkan siri wacana KAMY 2010 yang ke-2. Selepas mempelajari seni fotografi, kini KAMY akan menggali lagi satu cabang seni iaitu PUISI. Bersama tokoh sastera muda, saudara Muhammad Lutfi Ishak, kita akan berwacana bersama pada :

WACANA :
" PUISI : EKSPRESI , APRESIASI "

TARIKH :
27hb Mac 2010 ( Sabtu )

MASA :
10.00 pagi

LOKASI :
YPU, Petaling Jaya

YURAN PENYERTAAN :
RM 5.00 sahaja

Penuhi hujung minggu anda kali ini dengan aktiviti KAMY sekali lagi. Mari berpuisi di YPU. Kita akan belajar aplikasi puisi dalam kehidupan kita. Dalam kehangatan melawan PPSMI, mari kita sendiri mempelajari satu cabang pengajian Bahasa Melayu iaitu puisi. Dengan topik ' Puisi : Ekspresi & Apresiasi" yang akan disampaikan oleh saudara Muhammad Lutfi bin Ishak. Seorang anak muda dan peminat sastera yang akan berkongsi ilmu dengan semua KAMYans.

Mari kita berpuisi bersama orang seni pada sabtu pagi ini. Isikan sabtu kali ini bersamaan 27hb Mac 2010 , jam 10 pagi dengan pengisian ilmu. Tempatnya seperti selalu-selalu. Yayasan Pembangunan Ummah (YPU) Petaling Jaya.

Potluck amat-amat digalakkan. Bak kata omputih, sharing is caring. Terima kasih daun keladi. :)

Jumpa KAMYans semua di sana. Boleh juga ajak kawan-kawan atau saudara mara sekampung untuk turut serta. Lebih ramai, lebih meriah.