Posted by
kamy | Thursday, December 17, 2009 | 0
comments |
Kepada semua warga KAMY, anda dijemput ke majlis perkahwinan Dr Azizah binti Othman ( pernah mengadakan sarasehan bersama ahli KAMY pada tahun lepas). Majlis akan diadakan pada 19hb Disember 2009 - Sabtu. Bertempat diKg Kesang Tua, 77000 Jasin, Melaka. Semua ahli KAMY dijemput untuk memeriahkan majlis. =)
p/s: Selamat menyambut Awal Muharam. Semoga tahun mendatang akan menjadikan kita insan yang lebih berguna untuk masyarakat dan agama.
Posted by
kamy | Sunday, October 25, 2009 | 0
comments |
Assalamualaikum w.b.t
Seperti yang anda semua sedia maklum, KAMY akan mengadakan lawatan ke Satun, Thailand pada 19 hingga 23 NOVEMBER 2009. Lawatan ini dibuka kepada semua ahli KAMY yang telah membayar yuran ahli dan ia terhad untuk 25 orang sahaja. Berikut adalah program yang telah diaturkan:
19 Nov 2009 (Khamis) - Peserta diminta & wajib berada di Perlis selewat-lewatnya sebelum 20 Nov 2009pagi (peserta boleh pilih apa jua jenis pengangkutan untuk ke Perlis dan perlu inform pd En.Anuar)
20 Nov 2009 (Jumaat) - Sarapan dulu & dalam jam 9 pagi kita akan terus bertolak ke Kpg Che Bilang (program seharian bersama orang kampung dan bermalam disana)
21 Nov 2009 (Sabtu) - Bertolak ke pengkalan dan menaiki bot ke Pulau Mulun (aktiviti bebas sambil menikmati keindahan pulau, tmpt yg menarik kerana jarang dikunjungi org)
22 Nov 2009 (Ahad) - Bertolak ke Bandar Lengu (melihat-lihat sekitar bandar dan bermalam disana)
23 Nov 2009 (Isnin) - Pulang ke Perlis
Untuk makluman semua, Yuran adalah sebanyak RM150 seorang tidak termasuk tambang pergi balik ke Perlis. Ke Perlis adalah dengan kos sendiri. Sekiranya hendak naik kapal terbang, diminta sms kepada ADIBAH di 012-6741670 sebelum 5 NOV 2009 untuk memudahkan tempahan tiket. Tiket kapal terbang lebih kurang RM130 seorang pergi balik. Selain daripada itu, diingatkan supaya membawa PASPORT bersama. Sekiranya ada peserta yang ingin buat pasport group, diminta hubungi NADIAH di 012-2411085 sebelum 1 NOV 2009.
Jadi, kepada sesiapa berminat untuk mengikuti lawatan ini, diminta SMS kpd ADIBAH 012-6741670 sebelum 1 NOV 2009. First come, first serve~ ^_^
Posted by
kamy | Tuesday, October 20, 2009 | 3
comments |
Bertempat di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam pada hari Sabtu, 17 Oktober 2009 yang lalu, KAMY telah menganjurkan program Hari Keluarga. Program yang bermatlamat mengukuhkan ukhuwwah ahli-ahli KAMY itu telah dihadiri kira-kira 20 orang ahlinya yang datang dari sekitar Lembah Kelang. Kesempatan cuti sempena perayaan Deepavali telah digunakan oleh ahli-ahli KAMY meluangkan masa menghadiri program tersebut yang merupakan program rasmi pertama KAMY di bawah barisan kepimpinan baru.
Program yang berkonsepkan Explorace itu bermula kira-kira jam 8.00 pagi dengan kehadiran peserta pada waktu yang sama. Pengarah Program, saudari Nadiah Zainal yang juga merupakan Setiausaha KAMY yang baru telah membawa para peserta ke tempat mula program. Di sana, para peserta dan urusetia menikmati sarapan pagi sebelum diberikan taklimat program oleh Pengarah Program dan saudari Haslina Othman.
Peserta bersarapan sebelum memulakan program
Taklimat program diberikan oleh saudari Haslina Othman
Sebelum memulakan Explorace, senaman regangan dilakukan terlebih dahulu dengan dipimpin oleh saudara Ahmad Ammar Nor Azlin. Para peserta kemudiannya diberikan klu pertama yang menghendaki mereka bergerak ke Empangan Sungai Besar. Di sana, mereka telah diminta untuk membuat persembahan menyanyikan lagu raya. Persembahan tersebut pula perlu dirakamkan.
Selesai dengan tugasan pertama, para peserta bergerak pula ke Taman Rusa untuk tugasan kedua. Urusetia, saudari Aminah Zainal telah menunggu peserta di sana dan memberi arahan membuat kapal terbang kertas dan menerbangkannya melepasi garisan yang dikehendaki. Dipendekkan cerita, para peserta akhirnya kembali ke tempat bermula di dewan terbuka dengan pemenang bagi pertandingan tersebut jatuh kepada kumpulan Kuning, diikuti kumpulan Biru di tempat kedua, dan kumpulan Merah di tempat ketiga.
Dalam ucapan penutup selepas upacara penyampaian hadiah, Encik Kamal selaku wakil Yayasan Pembangunan Ummah (YPU) telah berpesan kepada para peserta yang merupakan ahli KAMY agar tidak lupa dengan tanggung jawab besar terhadap ummah yang menanti di luar sana. Encik Kamal juga telah melancarkan Tabung Mangsa Padang pada hari itu dan mendapat sumbangan menggalakkan dari sekalian peserta.
Sebelum pulang ke rumah masing-masing, para peserta telah menyanyikan lagu KAMY beramai-ramai dengan penuh semangat. Diharap semangat para peserta semasa menyanyikan lagu KAMY itu dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan amal-amal yang bermanfaat untuk ummah seluruhnya. Program berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari.
Posted by
kamy | Sunday, October 11, 2009 | 0
comments |
Teristemewa untuk Pn. Siti Zaleha Syed Idris. Happy belated birthday. Sorry, lambat wish. KAMYans mendoakan semoga diberkati ALLAH dunia akhirat. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, perhatian, sokongan dan kasih sayang terhadap KAMY. Diharap Cik Leha sihat dan gembira selalu di tahun-tahun mendatang. Nanti boleh bawa mee goreng yang sedap lagi untuk kitorang kalau ada program di YPU. =)
Kumpulan Aktivis Muda YPU (KAMY) telah dilancarkan pada 01/07/07 di pejabat YPU, Petaling Jaya. Sebahagian besar ahli-ahlinya lahir daripada program Temu Pemuda Serantau yang diadakan di Kaliurang, Jogjakarta pada 02/06/07-08/06/07. Aktivis-aktivis muda KAMY ini kebanyakannya masih muda dalam arena kesukarelawan ini.Kami di dalam KAMY ingin bergerak di atas platform yang dapat menonjolkanan identiti kami yang tersendiri sambil menyumbang sesuatu untuk mesyarakat amnya.KAMY mengalu-alukan ahli-ahli baru untuk mengisi borang bagi menyertai KAMY...Ke mari kita kembangkan KAMY!!