
Bertempat di Dewan Simfoni, KL Sentral pada 10 Ramadhan yang lalu, YPU telah mengadakan sebuah Sarasehan bagi memperingati pemergian tokoh Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia (DDII), Allahyarham Hussein Umar dan juga majlis iftar. Ramai yang dapat hadir dari kalangan keluarga YPU serta ahli-ahli KAMY telah memenuhi dewan tersebut termasuklah adik kepada allahyarham Hussein Umar sendiri, Aziz Umar dan juga anak allahyarham, Emil Hussein yang turut berucap pendek.
Pada hari tersebut, KAMY membuka sebuah kaunter dan berjaya mengutip sejumlah wang sumbangan serta menambah ahlinya. Terima kasih kepada semua ahli-ahli KAMY yang turut membantu perjalanan program pada hari tersebut!!





Pulangnya kami dari Indonesia, kami telah menetapkan satu tarikh untuk bertemu semula bagi menilai hasil dari program Temu Pemuda Serantau II iaitu pada hari Ahad, 01hb Julai 2007. Kami telah bertukar-tukar album, menyanyikan lagu rasmi program Temu Pemuda Serantau 'lir-ilir' dan menyaksikan video rakaman tvri sewaktu di sana sambil santai minum petang di Pejabat YPU, di Petaling Jaya. Pada tarikh inilah sebuah kumpulan baru telah dilancarakan atas nama 'Kumpulan Aktivis Muda YPU (KAMY)'. Ahli-ahli KAMY telah mengundi bagi pemilihan nama rasmi kumpulan juga untuk pemilihan ahli Jawatankuasanya. Senarai nama ahli jawatankuasa tahunannya adalah: 
