PROGRAM / WACANA KAMY 2010

| Thursday, February 25, 2010 | 2 comments |

(Edited)


Salam kepada semua ahli KAMY. Semoga semua sihat dan berada di bawah lindunganNYA. Bagi yang ternanti-nanti aktiviti KAMY, berikut merupakan program/wacana untuk aktiviti KAMY sepanjang tahun 2010.



1. FEBRUARI (dah lepas)

Wacana : "Dari Lensa FN"

Tarikh : 6 Feb 2010, 10pagi


2. MARCH

Wacana : Puisi : Ekspresi & Apresiasi

Moderator : Muhammad Lutfi Ishak (Penulis)

Tarikh : 27 Mac 2010

Masa : 10 pagi - 1 petang

Tempat : Yayasan Pembangunan Ummah (YPU) Petaling Jaya



Kita akan nantikan program seterusnya bersama Saudara Muhammad Lutfi Ishak yang merupakan seorang penulis yang terkenal untuk bersama-sama berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kesusasteraan. Mengambil tempat selepas kejayaan sukses wacana “Dari Lensa FN”, kita berpuisi pula. Jumpa penyair-penyair muda pada 27 Mac 2010 jam 10 pagi nanti.



3. APRIL

Program : "Jom Buat Kek"

Moderator : Chef 'Adibah & Chef Amirah Nor Azlin



Seterusnya, pada bulan April kita akan berkongsi resepi dari dua beradik chef yang perusahaan keknya sedang berkembang dengan tempahan-tempahan yang semakin meningkat. Chef 'Adibah dan Amirah akan berkongsi resepi membuat kek yang sedap dan biasa dibawa ke program-program KAMY-YPU.



4. MAY

Wacana : "Pembangunan Kendiri"

Moderator : Azizah binti Che Mat


Kepada semua ahli KAMY yang akan menghabiskan pengajian mereka, wacana pada bulan Jun ini sangat menarik dan sesuai untuk lepasan graduan. Kita jemput khas Pn. Azizah Che Mat, antara orang besar HR Department di SIRIM. Beliau akan berkongsi pembangunan kendiri yang penting untuk setiap individu sebelum melangkah masuk ke alam pekerjaan dan yang sedang bekerja.


5. JUN

Wacana : "Kenali Webly"

Moderator : Fairuz Ali


Sekali lagi, Saudara Fairuz Ali akan berkongsi ilmu mengenai 'Webly'. Apa itu Webly? Nantikan Jun nanti.


6. JULAI

Program : Malam Citra KAMY 2


Masih ingat dengan kejayaan kita membuat Malam Citra KAMY pada tahun 2008? Ya, sudah hampir setahun kita membuat persembahan di atas pentas di KL Sentral. Berkongsi pentas dengan band indie News@11 yang sekarang lagu mereka dah berkumandang di radio. Oleh itu, mari kita mengulangi kejayaan tersebut dengan menyambung ke Malam Citra KAMY 2 pada bulan Julai ini.


7. OGOS (Untuk ahli KAMY sahaja)

Wacana : "Ada Apa Dengan KEADILAN"

Moderator : Cik Anuar Tahir



Wacana yang seterusnya hanya kepada ahli-ahli KAMY sahaja. Kita akan berkongsi cerita dengan Cik Anuar segala-galanya pasal KEADILAN. “Ada Apa Dengan KEADILAN” akan menyingkap perjalanan seorang individu yang merupakan antara tulang belakang pembentukan KEADILAN dan akhirnya keluar dari parti. Atas sebab apa? Kenapa? Bagaimana? Mari kita terjah Cik Anuar pada bulan Ogos nanti. Sesiapa yang belum mendaftar, bolehlah membuat demikian pada program/wacana yang akan datang.



8. SEPTEMBER

Program : Iftar / Sambutan Hari Raya Aidilfitri



Bersempena puasa dan raya pada bulan September, KAMY akan menganjurkan iftar atau rumah terbuka gabungan bersama KAMY&YPU.



9. OKTOBER

Wacana : "Problem Solving"

Moderator : Dr. Azizah binti Othman


Menyusul wacana pada bulan seterusnya iaitu “Problem Solving” dari Dr. Azizah Othman. Pernah memberi wacana pada sekitar Dec2008 yang ketika itu single. Kini sudah berduet, akan sekali lagi berkongsi pengalaman dan ilmu bersama ahli-ahli KAMY pada bulan Oktober 2010. Nantikan.



10. NOVEMBER

Wacana : MRA-Malaysian Relief Agency

Moderator : En Khairil Annuar

Satu wacana dari Pakcik Khairil yang tajuknya akan diberitahu kelak akan mengisi masa anda pada bulan November.



11. DISEMBER

Program : Jalan-jalan ke kolam air panas, Kedah / mana-mana tempat yang menarik


Penutup program atau acara KAMY 2010, kita akan berjalan-jalan. Yeay.. Buat masa ini, tempatnya adalah di Kolam Air Panas, Kedah. Jika ada tempat yang lagi menarik, akan dipertimbangkan. Kita berjalan-jalan mengenal erti hidup pada Disember nanti.



Ha, perancangan setahun dah keluar. Jadi kepada semua ahli KAMY, hadirkan diri ke program/wacana KAMY sepanjang tahun ini. Penuhi masa lapang anda dengan aktiviti yang bermanfaat.



Jadi, kepada semua ahli KAMY, sudi-sudilah menghadirkan diri ke wacana/program KAMY.


Jumpa ahli KAMY semua di program itu nanti.

Siri Wacana KAMY 01/2010 : "Dari Lensa F&N"

| Saturday, January 23, 2010 | 1 comments |

Mari mengikuti Wacana KAMY 01/2010 bersama 2 orang aktivis KAMY - jurufoto muda yang sedang meningkat naik - Fairuz & Nazifah.

Pasangan suami isteri ini akan berkongsi pengalaman & pengetahuan mereka pada:


Wacana : 'DARI LENSA F&N'

Tarikh : SABTU, 6 FEBRUARI 2010

Masa : 10:0
0 PAGI

Tempat : YPU, PJ

Acara : 10 PAGI - 12 TGHARI (WACANA)

2 - 4 PETANG (STUDIO SHOOTS)


Yuran Penyertaan : RM5.00 SAHAJA


'BELAJAR, CUBA DAN BERAKSI DI WACANA FOTOGRAFI!!'

Pastikan KAMYans menyerbu YPU pada 6 Februari nanti! Jangan lupa bawa DSLR anda! Sesiapa yang tiada DSLR jangan susah hati, SLR juga boleh! Dan, sebarang jenis kamera pun okay!


Hadirkan diri anda pada Wacana KAMY yang pertama tahun ini! Inilah peluang keemasan yang hebat.

Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan & kemahiran fotografi - bersama 2 orang anak muda KAMY yang cool, kreatif & bersemangat tinggi.



So, apa tunggu lagi teman2 KAMY? Jangan biarkan Sabtu anda - 6 Feb berlalu begitu saja!


Serbu YPU jam 10 pagi, enjoy siri Wacana yang santai tapi bermanfaat bersama F & N.


Selepas berwacana, anda boleh berposing dengan aksi menarik - studio shoots (bayaran minima dikenakan).

So
, tunggu apa lagi? Peluang ini hanya sekali dan hanya di siri Wacana KAMY. :)



Berminat? Sahkan kehadiran dengan menghubungi Nadiah, Setiausaha KAMY di 012 241 1085.

Terima kasih KAMYans!




WACANA 1 : FOTOGRAFI

| Saturday, January 9, 2010 | 1 comments |
Salam kepada semua ahli KAMY semua. Tidak terlalu lewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua. Membuka lembaran tahun baru ini, satu aktiviti KAMY yang agak menarik akan berlangsung. Satu wacana (perkataan yang biasa digunakan untuk program KAMY) mengenai fotografi akan diadakan. Bertempat di YPU, Pada 6hb Februari 2010 bersamaan Sabtu. Kemungkinan besar akan dimulakan pada pagi hari. Kita akan menjemput ahli KAMY sendiri untuk memberi wacana ini. Siapa lagi jurugambar profesional dalam ahli KAMY? Cuba teka? Yup. Pandai-pandai ahli KAMY ye. Saudara Fairuz bergabung bersama Kak Long Nazifah akan memberi wacana, disamping mengajar teknik-teknik menangkap gambar dengan betul dan menjadikan gambar itu lebih menarik dan bermakna. Bukan main tangkap je sebab tak guna filem kan? Hehe. Program ini sangat sesuai kepada mereka yang berminat menangkap gambar dan gambarnya ditangkap ya.Untuk lebih menarik, ahli KAMY boleh membawa kamera sendiri semasa program itu nanti. Terus praktikallah kiranya.


Selain itu, kita juga akan membuat set di YPU nanti. Set macam dekat kedai gambar. Gambar keluarga yang kalau ditangkap di studio akan dikenakan bayaran beratus-ratus. Tapi, di sini, kepada sesiapa yang mahu ditangkap gambar, akan dikenakan bayaran yang agak berpatutan. KAMY hanya mengambil bayaran proses gambar dan 'up' sikit untuk dimasukkan ke dalam tabung KAMY. Al-maklumlah, KAMY tiada penaja dari mana-mana pihak. Jadi, kenalah cari dana sendiri. Jangan lepaskan peluang ini. Boleh ajak kawan-kawan yang berminat sekali. Bersama-sama kita memeriahkan program ini nanti.

Salam.

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN DR. AZIZAH & JUNAIDI

| Thursday, December 17, 2009 | 0 comments |


Kepada semua warga KAMY, anda dijemput ke majlis perkahwinan Dr Azizah binti Othman ( pernah mengadakan sarasehan bersama ahli KAMY pada tahun lepas). Majlis akan diadakan pada 19hb Disember 2009 - Sabtu. Bertempat di Kg Kesang Tua, 77000 Jasin, Melaka. Semua ahli KAMY dijemput untuk memeriahkan majlis. =)

p/s: Selamat menyambut Awal Muharam. Semoga tahun mendatang akan menjadikan kita insan yang lebih berguna untuk masyarakat dan agama.


Salam.