RAMADHAN YANG SEMAKIN BERLALU.

| Thursday, September 10, 2009 | 0 comments |
Diam tak diam seluruh umat Islam telah berpuasa selama 21 hari. Ha, ada yang berpuasa yang yong tak? Mesti tiada bukan? Harapan KAMY, semoga semua berjaya meningkatkan amalan dan istiqamah dalam meneruskan kebaikan walaupun selepas Ramadhan. Terkadang terfikir, akan bertemu lagikah Ramadhan tahun hadapan? Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk mengejar segala ganjaran yang dijanjikan ALLAH S.W.T kepada umatNya yang dikasihi.

Rasulullah S.A.W berpesan ;
"Permulaannya adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan penutupnya terlepas dari azab kubur".

Sebelum berlabuhnya tirai Ramadhan, marilah kita semua berlumba-lumba memperbanyakkan amalan untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan di akhirat kelak. Bersama-sama semua ahli KAMY, marilah kita berdoa semoga kita, ibu bapa kita, keluarga kita, sahabat kita, jiran tetangga, guru-guru, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat terlepas dari azab api neraka walau sesaat. Aminnn.

Salam.



SELAMAT BERPUASA!!

| Friday, August 21, 2009 | 1 comments |
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak diucapkan kepada semua KAMYans khasnya dan seluruh umat Islam umumnya. Semoga kita berlumba-lumba mendapatkan ganjaran yang ditawarkan oleh ALLAH S.W.T sepanjang bulan ini. =)

Surah Al-Baqarah Ayat 183 :

Salam.

KEPIMPINAN KAMY SESI 2009/2010

| Friday, August 14, 2009 | 5 comments |

Bertempat di Dewan Sirim Shah Alam, 8hb Ogos 2009, telah diadakan Mesyuarat Agong Kedua KAMY. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Pengerusi YPU Tuan Haji Anuar Tahir itu telah diadakan pada jam 10.45 malam sejurus selepas raptai perkahwinan ahli KAMY iaitu Fairuz dan Nazifah. Pemilihan telah dibuat berdasarkan undian. Berikut merupakan senarai penuh AJK yang dipilih.


Ketua : Farhan Mohd Anuar

Naib Ketua : 'Adibah Nor Azlin

Setiausaha : Nadiah Zainal

Bendahari : Nazifah Mohd Anuar

AJK

1. Iezzat Khalis Mohd Nor
2. Muhammad Luqmanulhakim bin Onn
3. Haliza binti Sida @ Joy
4. Ahmad Ameer Nor Azlin
5. Amirah Nor Azlin
6. Aminah Zainal

AJK Tambahan:-

7. Ahmad Ammar Nor Azlin
8. Mohd Fairuz Ali


Diharap dengan kepimpinan yang baru ini akan dapat menerus dan memantapkan lagi aktiviti dan program KAMY dan seterusnya mencapai matlamat untuk membina bangsa utama seperti lirik dalam lagu KAMY.

p/s: Kepada Kak Long dan Abang Long (hehe..), KAMYans mengucapkan tahniah dan semoga berbahagia sampai ke syurga.

Salam.=)

salam takziah

| Wednesday, July 1, 2009 | 0 comments |
Assalamualaikum...

02 . 07 . 2009 bersamaan dgn hari khamis, pagi...
Pada tarikh ini, ayah kepada Fathi iaitu En. Azmi telah kembali ke rahmatullah...
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...
Buat family arwah, kuat kan semangat utk mengharungi hari2 yg mendatang...
Ajal maut di tangan Tuhan dan redha lah pemergian arwah...

Salam takziah dari KAMY dan YPU..