Sambutan Hari Lahir

| Sunday, May 31, 2009 | 0 comments |
Assalamualaikum...

Pada 27 Mei yang lepas, satu jamuan telah diadakan. Jamuan ini diadakan bagi meraikan ahli KAMY yang lahir dalam bulan Mei. Antaranya ialah Ahmad Ameer (12/05), Iezzat Khalis (18/05), 'Adibah (21/05) dan Nadiah (30/05). Pada masa yang sama, kebetulan Encik Anuar berada di Kuala Lumpur bercuti untuk menemani isterinya yang kurang sihat. Terima Kasih Encik Anuar sebab belanja kami makan kek Secret Resipi. ^_^




meeting KAMY kali ke-3

| | 0 comments |
Assalamualaikum..

Pada mesyuarat yang lepas, ada beberapa program telah dibincangkan. Ia amat menarik dan memerlukan komitmen dari semua pihak agar ia berjalan dengan lancar. Antara program yang telah dibincangkan ialah :
  • Melawat Pusat Jagaan Nur Hasanah setiap 2 minggu sementara ahli KAMY cuti semester. Tarikh lawatan ialah 31 Mei, 13 Jun dan 27 Jun 2009. Lawatan ini diadakan bagi tujuan menghiburkan penghuni disitu. Selain itu, pelbagai aktiviti juga akan dilakukan seperti gotong-royong dan membersihkan kawasan. InsyaAllah~
  • Pada 4 July 2009, acara kemuncak KAMY akan diadakan. Seperti tahun lepas, malam KAMY sebagai acara kemuncak sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. Kali ini, konsep hari keluarga telah dipilih untuk acara kemuncak. Ini kerana, pada tahun ini, KAMY tidak begitu aktif disebabkan ahli2 terikat dengan program universiti masing2. Jadi, hari keluarga diadakan bagi tujuan mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli KAMY dan YPU. Bulan Jun ini, pelbagai pelan akan dibuat untuk acara kemuncak tersebut.
  • 18 July 2009 adalah tarikh untuk MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KAMY. Ia akan diadakan di YPU saja manakala perisiannya masih dalam perancangan dan akan dibincangkan bersama Encik Anuar.
  • 9 Ogos 2009 pula adalah tarikh perkahwinan timbalan ketua KAMY iaitu saudari Nazifah Mohd Anuar. Majlis beliau akan diadakan di dewan SIRIM, Shah Alam. Semua ahli KAMY digalakkan memakai pakaian berwarna MAROON untuk majlis tersebut. Seperti yang dimaklumkan oleh Encik Anuar, ahli KAMY berkemungkinan akan diperlukan untuk melancarkan perjalanan majlis. Selain itu, terdapat 3 lagi perkahwinan yang bakal menyusul selepas ini. Segala maklumat terbaru akan diberitahu kemudian.
Perjumpaan tidak rasmi akan diadakan untuk membincangkan tentang hari keluarga KAMY & YPU. Segala maklumat akan dikemaskini kemudian. Terima Kasih.

Lawatan KAMY ke Pusat Jagaan Nur Hasanah (28 Mac 2009)

| Saturday, March 28, 2009 | 2 comments |









Pada sebuah pagi Sabtu yang normal, barisan ahli KAMY berkumpul lagi di YPU menikmati sarapan sebelum bergerak melawat Pusat Jagaan Nur Hasanah di Beranang.

Kumpulan kami berkonvoi lima buah kereta dan pitstop terakhir di Petronas Semenyih kami bertemu Luqman dan akhirnya tiba di sebuah kawasan kampung yang tenang dengan deretan pohon-pohon getah tersusun rapi menyambut kedatangan.

Pusat Jagaan Nur Hasanah, sebuah rumah setingkat memanjang yang sederhana mempunyai 10-11 orang penghuni lelaki ini telah ditubuhkan sejak tahun 2006 menyediakan penempatan sementara bagi pesakit-pesakit yang terdampar tanpa waris, muallaf, warga emas atau orang kurang upaya.

Tambah kagum apabila kami-kami diberitahu bahawa sang penyelia tempat ini, Encik Nizam baru berusia 23 tahun. Pada usia ini beliau sudah memilih jalan kebajikan, mendampingi dan melayani kerenah penghuni-penghuni berusia emas. Khidmat yang hebat.

Penghuni di sini ketara perlukan lebih perhatian. Ditinggalkan waris atau waris yang sukar menyara mereka, mana-mana kenyataan pun tetap mengguris perasaan. Hidup yang hari-hari ini perlu diteruskan.

Kami tinggalkan Pusat Jagaan Nur Hasanah ini dengan sebuah bakul buah-buahan dan saguhati kecil-kecilan.Namun dalam hati, ini bukan yang terakhir, kami akan datang lagi..

Save Gaza

| Thursday, February 5, 2009 | 2 comments |
Assalamualaikum,

Baru-baru ini, 24 Januari 2009 bersamaan dengan hari Sabtu, telah diadakan wacana sempena memperingati Gaza dan kejadian yang telah menimpa negara tersebut.




Tajuk : Gaza dan Sejarahnya
Penceramah : Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman, Pensyarah UM
Tempat : Pejabat YPU, Seksyen 14, PJ
Masa : 8.30 malam hingga 10.30 malam


Wacana tersebut telah membincangkan serba sedikit tentang kewujudan Israel dan cara mereka memerangi Gaza. Hasil kutipan yang berjaya dikutip pada malam itu ialah RM18,000. Terima Kasih kepada para penyumbang.


Selain daripada itu, KAMY telah menambah seorang lagi ahli, Nasreen.

Sekian, Terima Kasih.