Tandakan diari & kalendar anda pada Ahad 27 Feb jam 10 pagi di YPU.
Jumpa semua di sana! :)
Terima kasih daun keladi.
Setiausaha KAMY,
Nadiah Zainal
Kumpulan Aktivis Muda YPU

Ini bukan 'Afif Anuar
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menelusuri pengembaraan 'Afif. Marilah kita menambah lagi ilmu di dada menerusi Siri Sarasehan KAMY 04/2010 pada Ahad, 26hb September 2010 jam 3 petang di YPU.
SEMUA AKTIVIS KAMY,
Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Pembangunan Ummah (YPU) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (Daerah Alor Setar) serta Kumpulan Aktivis Muda YPU (KAMY), Malaysian Relief Agency (MRA) dan Yayasan Khalifah sedang dalam usaha mengumpul dana bagi membantu golongan yang memerlukan.
Program yang dinamakan Inisiatif Ramadhan 1431H diadakan dengan matlamat membantu tiga kelompok sasaran iaitu masyarakat Orang Asli Ulu Legong, 50 buah keluarga anak yatim Selatan Thai serta 15 buah masjid Selatan Thai. Kami mensasarkan kutipan sebanyak RM20,000 untuk projek bersempena bulan Ramadhan ini.
Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati sekiranya tuan/puan sudi menghulur sumbangan kawangan bagi membantu meringankan beban kelompok sasaran.
Sumbangan saudara bolehlah disalur terus ke akaun ABIM ALOR SETAR – 02011 01 000 4473 (BIMB). Untuk maklumat lanjut, saudara boleh menghubungi Penyelaras Projek – MOHD. SHAHRULAZILAN SAID di shahrulpeshawar@yahoo.com atau SMS beliau ke nombor 019 615 9948.
Segala sokongan dan kerjasama tuan/puan sangat kami hargai dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Mudah-mudahan usaha ini meningkatkan soladiriti kita sesama insan serta memperolehi rahmat dan redha Allah s.w.t.
Terima kasih. Wassalam.